Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Pro Dengan Cip M5 Pro, M5 Max Dilancarkan – Harga Bermula RM8,999

MacBook Pro Dengan Cip M5 Pro, M5 Max Dilancarkan – Harga Bermula RM8,999

Diterbitkan Mac 3, 2026 · Dikemas kini Mac 4, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan model baharu MacBook Pro 14-inci dan 16-inci yang kini dikuasakan cip M5 Pro dan M5 Max, membawakan peningkatan prestasi dan keupayaan AI kepada komputer riba profesionalnya.

MacBook Pro Dengan Cip M5 Pro, M5 Max Dilancarkan – Harga Bermula RM8,999

M5 Pro dan M5 Max dibangunkan menggunakan seni bina Fusion Architecture baharu rekaan Apple. Reka bentuk ini menggabungkan dua die dalam satu sistem cip.

MacBook Pro Dengan Cip M5 Pro, M5 Max Dilancarkan – Harga Bermula RM8,999

Kedua-dua cip ini menampilkan CPU baharu sehingga 18-teras dengan 6 “super core” dan 12-teras prestasi. Apple mendakwa peningkatan prestasi sehingga 30% berbanding generasi M4.

M5 Pro menawarkan sehingga 20-teras GPU, manakala M5 Max menggandakannya kepada sehingga 40-teras. Setiap teras GPU kini dilengkapi Neural Accelerator, yang menurut Apple mampu memberikan lebih empat kali ganda kuasa pengiraan AI berbanding M4 Pro dan M4 Max. Kedua-dua cip juga membawa peningkatan prestasi grafik sehingga 50% berbanding generasi terdahulu.

Dari segi memori, M5 Pro menyokong sehingga 64GB Unified Memory, dengan lebar jalur (bandwidth) mencecah 307GB/s. Model M5 Max kekal dengan sokongan maksimum 128GB memori, namun lebar jalurnya ditingkatkan kepada 614GB/s.

MacBook Pro Dengan Cip M5 Pro, M5 Max Dilancarkan – Harga Bermula RM8,999

Selain itu, ia menawarkan sehingga 24 jam hayat bateri, paparan Liquid Retina XDR dengan pilihan kemasan nano tekstur, pelbagai pilihan sambungan termasuk Thunderbolt 5, kamera 12MP Center Stage, mikrofon kualiti studio, sistem enam pembesar suara yang imersif, ciri Apple Intelligence serta sistem operasi macOS Tahoe.

Harga dan ketersediaan

MacBook Pro baharu ini hadir dalam pilihan warna Space Black dan Silver.

MacBook Pro Dengan Cip M5 Pro, M5 Max Dilancarkan – Harga Bermula RM8,999

Di Malaysia, MacBook Pro 14 inci dengan M5 Pro ditawarkan pada harga bermula RM8,999 untuk storan asas 1TB, manakala harga pendidikan bermula RM8,399. Model 16 inci dengan M5 Pro pula bermula RM10,999 dan RM10,199 untuk pelajar serta pendidik.

Bagi varian lebih berkuasa, MacBook Pro 14 inci dengan M5 Max bermula RM14,999 dan RM13,669 untuk harga pendidikan. Model 16 inci dengan M5 Max pula ditawarkan pada harga bermula RM15,999 dan RM14,799 untuk pendidikan.

Buat masa ini, ia masih belum tersedia untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • iPhone 17e Kini Rasmi - Storan Bermula 256GB Pada Harga RM2,999
  • iPad Air Dengan Cip M4 Dilancarkan, Harga Dari RM2,799
  • Apple Perkenal MacBook Air Dengan Cip M5 - Storan Asas 512GB, Harga Dari RM4,699

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY