Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Neo Kini Rasmi – Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499

MacBook Neo Kini Rasmi – Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499

Diterbitkan Mac 4, 2026 · Dikemas kini Mac 5, 2026 oleh Amalina Athman

Apple secara rasmi hari ini mengumumkan MacBook Neo, segmen baharu dalam barisan MacBook yang hadir dengan harga lebih mampu milik.

MacBook Neo Kini Rasmi – Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499

MacBook Neo menampilkan binaan aluminium serta paparan Liquid Retina tanpa takuk bersaiz 13-inci.

Ia merupakan Mac pertama yang menggunakan cip iPhone, iaitu cip A18 Pro yang mula diperkenalkan menerusi model iPhone 16 Pro pada 2024. Menurut Apple, model ini mampu mengendalikan tugasan harian seperti melayari web, menstrim kandungan, menyunting foto atau menggunakan keupayaan AI merentas aplikasi, dengan lancar.

Apple mendakwa MacBook Neo sehingga 50% lebih pantas untuk tugasan harian seperti pelayaran web, serta sehingga tiga kali ganda lebih pantas bagi beban kerja AI yang diproses terus pada peranti, berbanding PC terlaris yang menggunakan Intel Core Ultra 5 generasi terkini.

MacBook Neo Kini Rasmi – Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499

Dari segi spesifikasi, cip A18 Pro dilengkapi CPU 6-teras dengan dua teras prestasi dan empat teras kecekapan. Ia turut dipadankan dengan GPU 5-teras bersama sokongan ray tracing, serta 16-teras Neural Engine. Model ini hadir dengan 8GB unified memory dan menyokong lebar jalur (bandwidth) memori sehingga 60GB/s.

MacBook Neo Kini Rasmi – Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499

Untuk sambungan, MacBook Neo menyediakan bicu audio 3.5mm dan dua port USB-C. Satu daripadanya ialah USB-C 2 dengan kelajuan pemindahan sehingga 480 Mb/s, manakala USB-C 3 menyokong kelajuan sehingga 10 Gb/s.

Model ini menawarkan ketahanan bateri sehingga 16 jam bagi penggunaan sepanjang hari dengan satu kali pengecasan.

MacBook Neo Kini Rasmi – Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499

Selain itu, ia dilengkapi kamera 1080p FaceTime HD, Magic Keyboard, trackpad Multi-Touch, Touch ID (untuk model 512GB sahaja), sokongan Spatial Audio, serta sistem operasi macOS Tahoe yang hadir bersama aplikasi terbina seperti Messages, Pages, Calendar dan Safari. MacBook Neo juga menyokong integrasi lancar dengan iPhone, ciri Apple Intelligence serta keserasian meluas dengan aplikasi pihak ketiga.

Harga dan ketersediaan

MacBook Neo Kini Rasmi – Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499

MacBook Neo ditawarkan dalam pilihan warna Silver, Indigo, Blush dan Citrus. Harga bermula dari RM2,499 untuk 256GB storan dan RM2,899 (512GB dengan Touch ID). Sementara itu, harga pendidikan bermula RM2,099.

Buat masa ini, ketersediaan untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • MacBook Pro Dengan Cip M5 Pro, M5 Max Dilancarkan - Harga Bermula RM8,999
  • Apple M5 Pro & M5 Max Rasmi — Cip 18-Teras Dengan GPU 40-Teras Dan 4x Prestasi AI
  • Apple Perkenal MacBook Air Dengan Cip M5 - Storan Asas 512GB, Harga Dari RM4,699

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY