MacBook Neo yang dilancarkan pada harga serendah RM2,499 ternyata terlalu popular sehingga Apple terpaksa menggandakan rancangan pengeluaran.
Menurut laporan eksklusif Tim Culpan dalam Culpium, Apple kini meminta pembekal menyediakan kapasiti untuk 10 juta unit MacBook Neo edisi pertama yang mana naik dua kali ganda daripada anggaran awal 5–6 juta unit.
Syarikat itu juga telah memesan kumpulan cip A18 Pro baharu daripada TSMC untuk memenuhi permintaan yang melebihi jangkaan.
Walaupun berita ini positif, ia turut membawa risiko. Permintaan yang sangat tinggi menyebabkan Apple menghadapi tekanan bekalan cip dan komponen lain.
Sebelum ini, ada spekulasi bahawa Apple mungkin menghentikan varian 256GB paling murah dan menaikkan harga permulaan kepada AS$699 (~RM2,762).
Kejayaan MacBook Neo menunjukkan Apple berjaya menarik pembeli kali pertama dan pasaran bajet, tetapi ia juga meletakkan syarikat itu dalam dilema, sama ada terus memenuhi permintaan dengan kos yang semakin tinggi, atau menaikkan harga dan berisiko kehilangan momentum.
Ia mungkin akan menerima nasib seperti Mac mini di mana varian permulaan adalah 512GB (RM3,349). Bagi MacBook Neo pula, varian 512GB berharga RM2,899.
Sehingga kini, Apple belum mengumumkan sebarang perubahan harga rasmi. Namun, pemerhati pasaran menjangkakan kos komponen yang terus naik boleh memaksa Apple membuat keputusan sukar dalam masa terdekat.
{suggest}
