Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro M5_

Apple Kemas Kini Harga iPad Di Malaysia – iPad Pro Kini RM1,000 Lebih Mahal

Diterbitkan Jun 25, 2026 ยท Dikemas kini Jun 25, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dilihat telah mengemas kini harga bagi barisan iPad untuk pasaran global, termasuk Malaysia, yang melibatkan iPad mini, iPad A16, iPad Air M4 dan iPad Pro M5. Pelarasan ini hadir tidak lama selepas CEO Apple, Tim Cook, memaklumkan bahawa kenaikan harga produk syarikat itu sukar dielakkan susulan peningkatan kos komponen.

Berdasarkan semakan di laman rasmi Apple Malaysia, harga baharu yang ditawarkan bermula seperti berikut:

  • iPad A16 – RM2,049, berbanding RM1,599 sebelum ini.
  • iPad mini – RM2,699, meningkat daripada RM2,199.
  • iPad Air M4 11-inci – RM3,499, meningkat daripada RM2,799.
  • iPad Air M4 13-inci – RM4,399, berbanding RM3,699 sebelum ini.
  • iPad Pro M5 11-inci – RM5,499, meningkat daripada RM4,499.
  • iPad Pro M5 13-inci – RM6,799, berbanding RM5,799 sebelum ini.

Sebelum ini, Tim Cook menjelaskan kenaikan harga produk Apple tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos cip memori dan storan yang kini mendapat permintaan tinggi untuk kegunaan pelayan AI. Keadaan itu memberi tekanan kepada rantaian bekalan dan sekali gus meningkatkan kos pengeluaran.

Selain iPad, Apple turut mengemas kini harga kesemua model Mac di Malaysia. Bagi yang bercadang mendapatkan siri iPhone 17 pula, sekurang-kurangnya buat masa ini masih boleh menarik nafas lega kerana harganya kekal tidak berubah sejak dilancarkan.

Berkaitan

  • iPad Dikemas Kini Dengan Cip A16, Storan Minimum 128GB - Harga Bermula RM1,599
  • iPad Pro Baharu Diperkenal - Cip M5, Rekaan Lebih Nipis
  • iPad Air Dengan Cip M4 Dilancarkan, Harga Dari RM2,799
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Apple Akan Naikkan Harga Susulan Krisis Bekalan Cip Memori, Tim Cook Kata "Tak Dapat Dielakkan"

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY