Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 7s Gen 3

Qualcomm Perkenal Snapdragon 7s Gen 3

Diterbitkan Ogos 21, 2024 · Dikemas kini Ogos 21, 2024 oleh Amalina Athman

Qualcomm sebelum ini telah pun mengumumkan cip Snapdragon 7+ Gen 3 dan Snapdragon 7 Gen 3. Kini, syarikat itu hadir dengan satu lagi pemproses dalam barisannya, iaitu Snapdragon 7s Gen 3.

Seperti namanya, Snapdragon 7s Gen 3 merupakan cip paling kurang berprestasi antara ketiga-ketiganya. Walaupun begitu, ia membawakan sejumlah peningkatan berbanding Snapdragon 7s Gen 2 yang dilancarkan tahun lalu.

Qualcomm Perkenal Snapdragon 7s Gen 3

Platform ini memberikan prestasi CPU 20% lebih baik, GPU 40% lebih pantas, prestasi AI 30% lebih baik dan 12% penjimatan kuasa keseluruhan berbanding pendahulunya.

Dengan binaan nod proses 4nm, Snapdragon 7s Gen 3 menampilkan konfigurasi CPU Kryo 1+3+4. Ia dilengkapi teras utama berkelajuan sehingga 2.5GHz, 3 teras Prestasi (2.4GHz) dan 4 teras Kecekapan (1.8GHz).

Pemproses ini juga membawakan sejumlah fungsi berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang dijangkakan pada tahun 2024. Antaranya termasuk sokongan terjemahan dan transkripsi berbilang bahasa serta model AI seperti Llama 2 pada 1 bilion parameter.

Cip ini juga menonjolkan dua ciri AI tertumpu kamera dalam bentuk AI Remosaic (proses yang biasanya digunakan untuk menghasilkan imej resolusi ultra tinggi) dan AI Video Retouch. Mengikut spesifikasi kamera, ia mempunyai keupayaan tangkapan foto 200MP dan rakaman video sehingga 4K/30fps.

Qualcomm Perkenal Snapdragon 7s Gen 3

Untuk paparan, Snapdragon 7s Gen 3 menyokong sehingga FHD+ @ 144Hz. Lain-lain termasuk sokongan 16GB RAM LPDDR5, storan berasaskan UFS 3.1, rangkaian 5G, sambungan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4 dan sebagainya.

Dari segi ketersediaan, Qualcomm berkata Snapdragon 7s Gen 3 akan mula diguna pakai oleh Xiaomi, dengan peranti pertama dijangka diumumkan pada September.

Berkaitan

  • Qualcomm Diam-Diam Perkenal Cip Snapdragon 6s Gen 3
  • Qualcomm Umum Cip Snapdragon 4s Gen 2
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • OPPO A3x Dengan Cip Snapdragon 6s 4G Gen1 Dijual Dengan Harga Bermula RM399

Sumber: Qualcomm Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY