Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 13

Snapdragon 7s Gen 2 Diumum, Redmi Note 13 Pro Mungkin Yang Pertama Guna

Diterbitkan September 19, 2023 · Dikemas kini September 19, 2023 oleh Firdaus

Qualcomm kini telah melancarkan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang dibina menggunakan teknologi pemprosesan 4nm untuk peranti kelas pertengahan.

Redmi Note 13

Walaupun menggunakan cip 4nm, tetapi Snapdragon 7s Gen 2 dilaporkan tidak sehebat cip siri Snapdragon 7 yang lain. Namun, ia masih salah satu pilihan cip terbaru yang baik bagi kelasnya.

Snadragon 7s Gen 2 mempunyai kelajuan CPU maksimum 2.4GHz, dan menggunakan komponen GPU Adreno 710.

Untuk pengetahuan anda, Redmi Note 13 Pro mungkin adalah peranti pertama yang akan dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 2 ini. Hal ini demikian kerana skor Geekbench peranti itu dilaporkan telah tertiris dan menunjukkan ia menggunakan cip tersebut.

Redmi Note 13

Selain Note 13 Pro, model Note 13 Pro+ juga dikatakan menjadi peranti pertama yang menggunakan cip terbaru daripada MediaTek – Dimensity 7200-Ultra yang lebih berkuasa.

Redmi Note 13
Redmi Note 13 Pro+ dan Redmi Note 13 Pro

Siri Redmi Note 13 dijangkakan hadir pada penghujung September ini untuk pasaran China terlebih dahulu dan mungkin akan memasuki pasaran Malaysia pada March tahun depan.

Beli Peranti Xiaomi di Shopee: https://invl.io/cljmlyt

Beli Peranti Xiaomi di Lazada: https://invol.co/cljmlz1

Sumber: Mysmartprice, Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Semua Platform Apple Selepas Ini Mampu Kendali 'Games' AAA
  • Huawei Kunlun Glass 2 Lebih 'Keras' Berbanding Gorilla Glass
  • Hanya 21% Pengguna Rasa Berbaloi Berhutang Demi iPhone 15 - Kajian
  • Ini Mungkin Pilihan Warna Samsung Galaxy S23 FE

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY