Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 4s Gen 2_

Qualcomm Umum Cip Snapdragon 4s Gen 2

Diterbitkan Julai 30, 2024 · Dikemas kini Julai 30, 2024 oleh Amalina Athman

Qualcomm hari ini mengumumkan cip pemprosesan terbaharu untuk kelas permulaan, iaitu Snapdragon 4s Gen 2.

Seperti pendahulunya, Snapdragon 4s Gen 2 dibina dengan nod proses 4nm serta dilengkapi CPU 2× teras Cortex-A78 (sehingga 2GHz), 6× teras Cortex-A55 (sehingga 1.8GHz).

Snapdragon 4s Gen 2

Untuk sambungan, 4s Gen 2 menggunakan modem Snapdragon X61 dengan kelajuan muat turun puncak 1Gbps. Qualcomm mendakwa ia 7 kali lebih pantas daripada platform LTE yang biasanya tersedia dalam peringkat harga yang sama.

Qualcomm memaklumkan kepada Android Authority bahawa pemproses baharu ini tidak mempunyai sambungan satelit, walaupun menawarkan sokongan Release 17.

Lain-lain termasuk sokongan untuk Bluetooth 5.1, Wi-Fi 5, Quick Charge 4+ serta audio AptX Adaptive. Ia menyokong memori RAM LPDDR4x dan storan UFS 3.1.

Dari segi ketersediaan, Qualcomm menyatakan Snapdragon 4s Gen 2 pada mulanya akan diterima pakai oleh Xiaomi, dengan peranti pertama dijangka diumumkan sebelum penghujung 2024.

Berkaitan

  • Qualcomm Umum Snapdragon 8s Gen 3 Untuk Telefon Andalan Mampu Milik
  • Qualcomm Diam-Diam Perkenal Cip Snapdragon 6s Gen 3

Sumber: Qualcomm Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY