Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 7 Gen 3_

Qualcomm Umum Cip Snapdragon 7 Gen 3

Diterbitkan November 17, 2023 · Dikemas kini Mac 20, 2024 oleh Amalina Athman

Qualcomm hari ini mengumumkan cip kelas pertengahan, iaitu Snapdragon 7 Gen 3 yang dibina menggunakan teknologi 4nm TSMC.

Berkaitan

  • Snapdragon 8+ Gen 1 Dan Snapdragon 7 Gen 1 Rasmi, Peranti Pertama Seawal Julai
  • Snapdragon 8 Gen 3 Diumumkan - 4nm, Cortex-X4, AI Generatif
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Snapdragon 7 Gen 3 membawakan CPU Kryo dengan 1x teras utama yang mempunyai kelajuan sehingga 2.63GHz, bersama 3x teras Performance (2.4GHz) serta 4x teras Efficiency (1.8GHz).

Berbanding 7 Gen 1, Qualcomm mendakwa Snapdragon 7 Gen 3 membawakan hampir 15% peningkatan prestasi CPU dan lebih 50% untuk GPU, selain 20% penjimatan kuasa.

Qualcomm Hexagon NPU yang diisi dalam cip ini menawarkan 60% peningkatan prestasi AI untuk setiap watt. GPU Adreno menyokong OpenGL ES 3.2, OpenCL 2.0 FP dan API Vulkan 1.3.

Untuk paparan, Snapdragon 7 Gen 3 menyokong sehingga resolusi 4K@60Hz atau WFHD+ pada 168Hz. Selain itu, ia dilengkapi Qualcomm Spectra ISP yang boleh mengendalikan sehingga 200MP kamera utama dan rakaman video 4K HDR pada 60fps, serta sokongan AI Remosaic dan AI Noise Reduction.

Satu lagi tambahan baharu kepada siri Snapdragon 7 generasi ini ialah spatial audio dengan head tracking.

Snapdragon 7 Gen 3

Dari segi sambungan, cip ini dipasang modem Qualcomm Snapdragon X63 5G dengan kelajuan muat turun sehingga 5Gbps melalui 5G mmWave dan sub-6GHz.

Antara lainnya, ia mempunyai sokongan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, teknologi pengecasan Quick Charge 5 dan sebagainya.

Peranti pertama dengan janaan Snapdragon 7 Gen 3 dijangka akan dilancarkan pada bulan ini, dengan Honor dan vivo akan menjadi yang terawal melancarkannya.

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY