Ini adalah masa terbaik untuk anda memiliki barisan produk Apple kerana iTworld kini sedang menawarkan pelbagai diskaun menarik yang bernilai sehingga RM1,800 sempena promosi Merdeka.
Produk-produk Apple ini meliputi komputer riba MacBook Air, iPad, iMac, aksesori dan sudah semestinya siri iPhone 15 yang baharu.
Sekiranya anda mahu mengetahui apakah tawaran yang diberikan oleh iTworld, anda boleh teruskan bacaan.
Jimat sehingga RM800 untuk siri iPhone 15
Eksklusif di iTworld, anda kini boleh memiliki siri iPhone 15 pada harga serendah RM3,699 sahaja. Atau jimat sehingga RM800 untuk siri iPhone 15 Pro yang ditawarkan pada harga serendah RM4,699.
Tapi, jika anda masih mencari model iPhone terdahulu, anda boleh dapatkan siri iPhone 11 pada harga promosi RM1,599 sahaja.
Sementara bagi siri iPhone 13 dan iPhone 14 pula yang masih berbaloi untuk dimiliki, iTworld menawarkannya dengan harga jualan bermula RM2,599 sahaja.
Menjadikannya lebih menarik, iTworld juga menawarkan bank kuasa Aukey 1000mAh Ultra Thin dan juga pengecas 20W USB-C apabila anda membeli mana-mana model siri iPhone yang dinyatakan selain daripada iPhone 11.
MacBook Air jimat sehingga RM1,800
Untuk anda yang baru nak berjinak-jinak dengan komputer riba Apple dengan sistem MacOS, MacBook Air 13 inci yang dikuasakan cip Apple M1 adalah pilihan terbaik untuk anda.
Malah, dengan harga serendah RM3,299 lengkap didatangkan dengan Microsoft 365 Personal (langganan 1 tahun) yang bernilai RM309, ia merupakan satu pembelian yang sangat berbaloi.

Tapi, jika anda mencari model yang lebih baharu, iTworld ada menawarkan promosi istimewa untuk MacBook Air (M2) pada harga bermula RM4,099.

Malah iTworld turut menawarkan model MacBook Air dengan cip Apple M3, pada harga eksklusif yang bermula dari RM4,499 sahaja. Sekali gus anda boleh jimat sehingga RM700 untuk model MacBook Air ini.
Cuma anda kena cepat kerana promosi ini hanya sah sehingga 31 Ogos 2024 untuk MacBook Air (M3) ini.

iPad serendah RM1,339
Untuk peminat iPad pula, iTworld ada menawarkan promosi menarik dengan diskaun sehingga RM300 untuk iPad Gen-9 dimana kini anda boleh memilikinya pada harga bermula RM1,339 sahaja.
Selain itu, iTworld turut menawarkan diskaun sehingga RM600 untuk iPad Air Gen-5 pada harga serendah RM2,499.

Promosi ini juga melibatkan model iPad Pro 11 inci (M2) yang kini boleh didapati pada harga dari RM3,899. Tidak setakat itu, iPad Pro 11 inci (M2) ini turut disertakan bersama pilihan aksesori iaitu Apple Pencil (Gen-2) atau AirPods (Gen-2) untuk anda pilih.
Lain-lain
Selain daripada barisan produk di atas, iTworld juga menawarkan diskaun istimewa untuk barisan produk Apple yang lain termasuklah AirPods (Gen-3) & AirPods Pro (Gen-2) serta Apple Watch SE dan Apple Watch S9.
Promosi untuk peranti Apple ini sah sehingga 31 Ogos 2024.
Lebih mudah shopping di iTworld
Kempen promosi Merdeka oleh iTworld ini menawarkan pelbagai cara pembayaran yang memudahkan anda untuk memiliki produk Apple kegemaran anda.
Anda boleh membeli secara ansuran menerusi pelan 0% dengan penggunaan kad kredit (sehingga 36 bulan untuk pengguna kad kredit terpilih, tertakluk pada setiap lokasi kedai).
iTworld juga menawarkan pelan ansuran sehingga 48 bulan untuk pengguna bukan kad kredit iaitu permohonan menggunakan I/C atau ID pelajar (pelajar boleh buat pelan bayaran ansuran sehingga 36 bulan dengan Chailease Paylater).
Atau anda juga boleh membuat pembelian di iTworld menerusi servis Beli Sekarang Bayar Kemudian, untuk pengguna kad debit (sehingga 6 bulan).
Jadi, jom serbu stor iTworld yang terdekat dengan anda sekarang dan dapatkan produk Apple kesukaan anda pada harga istimewa eksklusif dari iTworld sepanjang promosi Merdeka ini.
Ketahui lebih lanjut tentang promosi Merdeka iTworld ini dengan layari https://www.itworld.com.my/iPhone-Product.
Atau terus kunjungi stor iTworld terdekat anda sekarang. https://www.itworld.com.my/about-us
Ikuti juga platform media sosial iTworld bagi menerima informasi dan ikuti kempen-kempen menarik yang ditawar iTworld dari masa ke semasa.
Facebook: https://www.facebook.com/iTworld.com.my
iTworld IG: https://www.instagram.com/itworld_my/
iTworld TikTok: https://www.tiktok.com/@itworld_sns?8IzKdUzkb&r=1
*Artikel ini dibawakan iTworld