Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 6s Gen 3

Qualcomm Diam-Diam Perkenal Cip Snapdragon 6s Gen 3

Diterbitkan Jun 10, 2024 · Dikemas kini Jun 10, 2024 oleh Amalina Athman

Qualcomm secara diam-diam telah memperkenalkan cip Snapdragon 6s Gen 3, yang merupakan tawaran terbarunya dalam segmen kelas pertengahan.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Walaupun diletakkan sebagai cip generasi baharu, Snapdragon 6s Gen 3 membawa nombor model SM6375-AC – menunjukkan pada dasarnya ia adalah versi yang dipertingkatkan daripada Snapdragon 695 (SM6375) berbanding Snapdragon 6 Gen 1 (SM6460).

Dibina dengan proses 6nm, cip ini dilengkapi dua teras utama CPU Cortex-A78 @ 2.3 GHz dan enam Cortex-A55 dengan kelajuan sehingga 2.0 GHz. Sementara GPU tampil dengan Adreno 619.

Qualcomm Diam-Diam Perkenal Cip Snapdragon 6s Gen 3

Selain itu, Snapdragon 6s Gen 3 didatangkan dengan sokongan LPDDR4x RAM dan storan UFS 2.2. ISP kamera untuk cip ini hanya menyokong rakaman video sehingga 1080p/60fps.

Lain-lain termasuk sokongan rangkaian 5G (modem Snapdragon X51) serta sambungan Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.2 dengan FastConnect 6200.

Dari segi ketersediaan, belum diketahui bila peranti dengan sokongan cip Snapdragon 6s Gen 3 akan dilancarkan kepada umum.

Sumber: Qualcomm
Rujukan: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY