Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO A3x

OPPO A3x Dengan Cip Snapdragon 6s 4G Gen1 Dijual Dengan Harga Bermula RM399

Diterbitkan Ogos 16, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 16, 2024 oleh Amsyar Latif

OPPO Malaysia dilihat bersedia untuk menawarkan sebuah peranti baharu ke pasaran tempatan, iaitu OPPO A3x. Secara tidak langsung, memberi pilihan lain dalam kelas permulaan.

Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 6s 4G Gen1 dengan memori LPDDR4X sehingga 6GB dan storan dalaman eMMC 5.1 sehingga 128GB.

Turut dilengkapi paparan 6.67″ beresolusi HD+, kadar segar semula 90Hz dan kecerahan maksimum 1000nits.

OPPO A3x

Dari segi kamera, ia hadir dengan kamera utama 8MP dan swafoto 5MP. Bateri berkapasiti 5,100mAh dibekalkan dengan pengecasan 45W.

OPPO A3x ditawarkan dalam dua pilihan warna, Nebula Red dan Ocean Blue. Sekiranya berminat, peranti ini dijual pada harga RM399 untuk varian 4GB+64GB, RM499 untuk 4GB+128GB dan RM599 untuk 6GB+128GB.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY