Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google drive

Pengguna Boleh Tetapkan Tarikh Luput Untuk Fail Dimuat Naik Ke Google Drive Tapi Bukan Untuk Semua

Diterbitkan November 2, 2022 · Dikemas kini November 2, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Tersedia secara berperingkat, sesetengah pengguna kini boleh menetapkan tarikh luput akses untuk fail-fail yang dimuat naik dan dikongsi di Google Drive.

Ini bermakna, selepas tarikh ditetapkan, pengguna tersebut (bukan tuan fail) tidak lagi boleh mengakses fail tersebut.

Misalnya, Ali mencipta sebuah dokumen di Google Docs. Dia menambah Abu sebagai pengguna yang mendapat akses sebagai Editor terhadap fail tersebut namun sehingga 1 Disember 2022.

Berkaitan

  • Ini Perbandingan Gambar Teleskop Hubble Dan James-Webb Yang Buat Saintis Terkejut
  • Benarkah 'Wi-Fi Scanning' Bahaya? Ini Fungsi Sebenarnya Yang Anda Perlu Tahu
  • 5 Ciri Menarik Dalam Model Pro Siri iPhone 14
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang 'iCloud Shared Photo Library' Pada iOS 16.1
  • Ini 6 Benda Baru Di YouTube Yang Anda Perlu Tahu Sekarang Agar Tidak Terkejut
  • Perbandingan Harga 'Cloud Storage' - Google One, iCloud+ Dan OneDrive
  • Ini 12 Telefon Pintar Android Mampu Milik Yang Sokong 5G Malaysia Setakat November 2022
  • Masih Ditawar Dalam Play Store, Pengguna Android Digesa Buang Segera 4 Aplikasi Ini

Masuk saja 12:00AM pada 2 Disember, Abu tidak lagi boleh melihat dan menyunting lagi fail Google Docs itu.

Pencipta fail (Creator) boleh tetapkan tarikh luput akses pada Viewer dan Commenter serta Editor.

Ini caranya:

  1. Buka mana-mana fail Google Drive (Docs, Sheets dan lain-lain)
  2. Tekan Share.
  3. Pilih mana-mana pengguna, tekan pada Editor/Commenter/Viewer
  4. Tetapkan tarikh luput akses.

Jika anda tambah pengguna baru, maka boleh tetapkannya semasa pilih role (Editor/Commenter/Viewer).

Pengguna Boleh Tetapkan Tarikh Luput Untuk Fail Dimuat Naik Ke Google Drive Tapi Bukan Untuk Semua

Bagaimanapun, anda hanya dapat tetapkan hari saja, bukan jam dan minit.

Buat masa ini, ia tersedia jika diakses melalui web saja. Untuk aplikasi di Android, ciri ini akan mula boleh didapati pada penghujung November 2022.

Pun begitu, tidak semua pengguna dapat menikmati ciri ini.

Yang dapat menggunakannya:

  • Google Workspace Business Standard
  • Business Plus
  • Enterprise Essentials
  • Enterprise Standard
  • Enterprise Plus
  • Education Plus
  • Education Standard
  • Nonprofits customers

Yang tidak dapat menggunakannya:

 

  • Google Workspace Essentials
  • Business Starter
  • Education Fundamentals
  • Teaching and Learning Upgrade, Frontline
  • G Suite Basic
  • Business customers
  • Akaun peribadi

Ini bermakna pengguna akaun biasa (akaun peribadi) misalnya ahmad[email protected] tidak mendapat kelebihan menetapkan tarikh luput akses.

Jika anda menggunakan akaun Google yang dilanggan syarikat/institut yang melanggan Enterprise Standard atau Education Plus misalnya [email protected], maka barulah dapat menikmatinya.

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman blog Google seperti diletakkan di sumber.

 

Sumber: Google

Gambar utama: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY