Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga storan awan google one icloud onedrive

Perbandingan Harga ‘Cloud Storage’ – Google One, iCloud+ Dan OneDrive

Posted on Oktober 26, 2022Oktober 26, 2022

Storan awan atau cloud storage ialah pilihan ramai manusia zaman digital ini. Kenapa? Pertama, mereka tidak perlu perkakas fizikal seperti cakera keras. Justeru, jimat ruang dan hilang faktor kecurian.

Kedua, boleh diakses dari mana-mana, bila-bila. Akses internet pada hari ini juga jauh lebih mudah dan pantas berbanding 10 tahun dulu.

Ketiga, integrasi perkhidmatan digital yang mereka sedang gunakan. Contohnya, sandaran iPhone ke iCloud, atau gambar daripada peranti terus dimuat naik ke Google Photos tanpa susah payah.

Tatal ke bawah untuk lihat perbandingan perkhidmatan storan awan yang terkemuka waktu ini.

{snap}

Google One

Ini adalah pilihan paling mudah jika anda malas berfikir panjang untuk membandingkan antara semua jenama.

Hal ini kerana kehidupan seharian kita sangatlah rapat, dan mungkin tidak keterlaluan saya katakan, berlandaskan data Google.

“Google tahu semua benda kau buat, setiap masa,” ini frasa yang pasti ramai ahli celik IT akan angguk setuju.

Justeru, memilih untuk menyimpan data di pelayan Google pastinya memudahkan urusan anda.

Untuk makluman, semua akaun Google (e-mel Google) diberi 15GB percuma. 3 pelan berbayar tersedia ialah 100GB, 200GB dan 2TB.

Pelan 100GB (Basic) berharga RM8.49 sebulan, 200GB (Standard) berharga RM11.99 manakala 2TB (Premium) pula berharga RM42.99.

Kesemuanya pelan berbayar ini boleh dikongsi hingga 5 akaun. Untuk Premium, kelebihannya ialah anda akan mendapat Google Workspace Premium bersama.

Storan ini meliputi kesemua perkhidmatan mereka seperti Gmail, Google Drive, Google Photos. Bermakna, semua e-mel, gambar, fail dikira dalam kuota storan yang anda beli/dapat percuma 15GB.

Klik untuk ke halaman Google One

{snap}

Apple iCloud+

Jika anda mempunyai ekosistem peranti Apple yang utuh, maka pasti ini menjadi pilihan anda.

iCloud merujuk pada pelan percuma iaitu storan 5GB diberi Apple untuk semua AppleID manakala iCloud+ pula ialah pelan storan awannya yang berbayar.

iCloud dan iCloud+ meliputi sandaran data peranti anda, gambar, WhatsApp dan sebagainya.

3 pelan iCloud+ tersedia ialah 50GB untuk RM3.90 sebulan, 200GB untuk RM11.90, 2TB untuk RM39.90. Ia boleh dikongsi sehingga 5 akaun.

Selain storan data, turut melengkapi pakej ini ialah iCloud Private Relay, ciri Hide My Email, domain e-mel dikustomasi dan HomeKit Secure Video untuk sebiji kamera.

Klik untuk ke halaman iCloud+

{snap}

Microsoft OneDrive

Ini barangkali pilihan paling kurang popular di Malaysia. Kalau Google disebabkan kehidupan harian kita banyak menggunakan produknya, iCloud+ pula disebabkan ramai yang menggunakan perantinya.

Tapi Microsoft? Ya, kita banyak menggunakan Windows dan perisian pejabatnya namun integrasi sistemnya tidak seperibadi dan seakrab Google dengan pengguna.

Pelan OneDrive ada 5 tersedia, namun yang termurah tidak termasuk perisian Office. Ini bermakna, anda hanya bayar untuk storan awan Microsoft saja.

Pelan termurah itu hadir dengan storan 100GB yang berharga RM9 sebulan atau juga RM90 jika anda pilih untuk bayar tahunan. Ia tidak boleh dikongsi dengan akaun lain.

Dua lagi pelan tersedia ialah 1TB untuk RM22 sebulan dan 6TB untuk RM29. Langgan saja, anda juga akan mendapat Skype versi berbayar, Microsoft Office (Word, Outlook, PowerPoint, Excel).

Klik untuk ke halaman OneDrive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress