Ini 12 Telefon Pintar Android Mampu Milik Yang Sokong 5G Malaysia Setakat November 2022

Sempena meraikan penawaran rangkaian 5G Malaysia oleh penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi bermula 1 November 2022, ini adalah senarai 12 telefon pintar mampu milik dari pelbagai jenama yang tersedia menyokong rangkaian 5G Malaysia yang ada dinyatakan dalam laman rasmi Digital Nasional Berhad (DNB).

{snap}

1. POCO M4 5G




Daripada semakan di laman DNB, POCO M4 5G adalah antara telefon pintar yang paling murah mampu dimiliki anda.

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 700 dengan sistem operasi MIUI 13 untuk POCO yang berasaskan Android 12.

Ia dilengkapi dengan 2 Kamera utama 13MP dan 2MP serta kamera hadapan 5MP serta bateri 5000 mAh.

Saiz paparan pula adalah 6.58 inci (2408 × 1080 FHD+), (90Hz) dari Corning® Gorilla® Glass, pilihan RAM dan storan 4GB+64GB atau 6GB+128GB serta menyokong NFC.

POCO M4 5G ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Power Black, Cool Blue dan POCO Yellow.

Semak Harga

{snap}

2. ZTE Blade A72 5G




ZTE Blade A72 5G adalah sebuah lagi telefon pintar yang sudah tersedia menyokong rangkaian 5G Malaysia.

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Unisoc SC9863A Octa-core yang menggunakan sistem operasi Android R yang juga dikenali sebagai Android 11.

Paparannya bersaiz 6.52 inci HD+ 720 x 1600 dengan kadar segar 90Hz dan dilengkapi dengan 3 Kamera utama 13MP + 2MP + 2MP serta kamera hadapan 5MP.

Bateri: 4000 mAh

Dilengkapi dengan 4GB RAM dengan ciri tambahan RAM 2GB dengan storan terbina 64GB, menyokong NFC serta dimuatkan bateri sebesar 4000 mAh.

ZTE Blade A72 5G ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Gray dan Blue

Semak Harga

{snap}

3. vivo Y76 5G




Menariknya vivo Y76 5G adalah ia dimuatkan dengan kapasiti bateri 4100 mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W FlashCharge.

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Mediatek Dimensity 700 serta sistem operasi Funtouch OS 12 yang berasaskan Android 11.

vivo Y76 5G juga dilengkapi 3 Kamera utama 50MP+2MP bokeh+2MP makro, kamera hadapan 16MP serta RAM dan storan 8GB+128GB

Manakala paparannya pula bersaiz  6.58 inci HD+ 2408×1080 (FHD+) yang ditawarkan dalam pilihan warna Midnight Space dan Cosmic Aurora

Semak Harga

{snap}

4. HONOR X8 5G




Telefon pintar HONOR turut tersenarai dalam laman DNB yang sudah menyokong 5G Malaysia.

Salah satunya adalah model HONOR X8 5G yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 480 plus dengan sistem operasi Magic UI 4.2 berasaskan Android 11.

Ia dilengkapi dengan 3 Kamera utama 48MP + makro + Depth serta kamera hadapan 8MP, bateri 5000 mAh, RAM 6GB RAM dan storan 128GB.

Menggunakan paparan TFTLCD bersaiz 6.5 inci (720 x 1600) dengan kadar segar 90Hz, peranti ini juga menyokong NFC.

HONOR X8 5G ia ditawarkan dalam warna Ocean Blue, Midnight Black.

Semak Harga

{snap}

5. vivo Y55+ 5G




Satu lagi telefon pintar vivo yang sudah menyokong 5G Malaysia adalah vivo Y55+ 5G.

Menggunakan sistem operasi Funtouch OS 12 berasaskan Android 11 dan dikuasakan MediaTek Dimensity 700, ia dilengkapai skrin LCD bersaiz 6.58 inci 2408×1080 (FHD+) serta bateri 5000 mAh.

Ia dilengkapi dengan 3 Kamera utama 50MP + 2MP + 2MP, kamera hadapan 8MP dan RAM 6GB dengan storan 128GB.

vivo Y55+ 5Gditawarkan dalam warna Starlight Black dan Glowing Galaxy.

Semak Harga

{snap}

6. OnePlus Nord CE 2 Lite 5G




OnePlus Nord CE 2 Lite 5G tidak ketinggalan sebagai peranti yang sudah tersedia menyokong rangkain 5G di Malaysia.

Menggunakan sistem operasi OxygenOS 12.1 berasaskan Android 12, ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 695 5G serta bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W SuperVOOC.

Ia turut dimuatkan dengan kapasiti RAM dan storan 8GB+128GB, 3 Kamera utama 64MP + 2MP + 2MP, kamera hadapan 16MP dan menggunakan skrin LCD bersaiz 6.59 inci (2412 x 1080, 401PPI) dengan kadar segar 120Hz.

Semak Harga

{snap}

7. vivo T1 5G




Sebuah lagi telefon pintar 5G vivo yang mampu milik dan sudah menyokong rangkaian 5G di Malaysia adalah vivo T1 5G.

Dilengkapi dengan 3 Kamera utama berkuasa 64MP+8MP+2MP dan kamera hadapan 16MP, ia turut dikuasakan oleh bateri berkapasiti 4700 mAh di mana ia menyokong pengecasan pantas 66W FlashCharge

vivo T1 5G menggunakan sistem operasi Funtouch OS 12 berasaskan Android 11 yang dijana oleh cip pemprosesan berkuasa Snapdragon 778G 5G.

Lebih menarik lagi, model telefon pintar vivo ini menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.44 inci (2404 x 1080, FHD+) dengan kadar segar 90Hz serta RAM dan storan 8GB RAM+128GB.

vivo T1 5G hadir dalam 2 warna menarik iaitu Turbo Cyan dan Turbo Black.

Semak Harga

{snap}

8. OPPO A77 5G




OPPO turut tidak ketinggalan menawarkan telefon pintar 5G yang sudah menyokong 5G Malaysia pada harga mampu milik.

Dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 810 dengan sistem operasi ColorOS 12.1 berasaskan Android 12, ia dimuatkan dengan 2 kamera utama 48MP + 2MP dan kamera hadapan 8MP.

Ia juga dimuatkan dengan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecas pantas 33W SUPERVOOC, skrin LCD 6.56 inci (1612 x 720, HD+) dengan kadar segar 90Hz serta RAM dan storan 6GB RAM+128GB.

Semak Harga

{snap}

9. Samsung Galaxy M23 5G




Bagi peminat Samsung, model telefon pintar yang sudah menyokong 5G Malaysia adalah Galaxy M23 5G.

Dikuasakan oleh Snapdragon 750G 5G dengan sistem operasi One UI berasaskan Android 11, ia dilengkapi 3 kamera utama 50MP + Ultra Lebar 8MP + Macro 2MP serta kamera hadapan 8MP.

Baterinya pula adalah 5000 mAh, skrin TFT bersaiz 6.6 inci (FHD+) dengan kadar segar 120Hz serta RAM dan storan 6GB RAM+128GB.

Samsung Galaxy M23 5G ditawarkan dalam 3 pilihan warna menarik, Light Blue, Orange Copper dan Deep Green.

Semak Harga

{snap}

10. vivo V23e 5G




Bagi anda yang mahukan sebuah telefon intar 5G tapi memfokuskan kepada kualiti gambar swafoto, vivo V23e 5G adalah pilihan terbaik untuk anda.

Ini kerana ia dilengkapi dengan kamera hadapan 44MP serta 3 lagi kamera belakang 50MP + 8MP Ultra lebar + 2MP makro.

vivo V23e 5G dikuasakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 810 Sistem operasi Funtouch OS 12 berasaskan Android 11

Ia juga dimuatkan dengan bateri 4050 mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W FlashCharge, skrin AMOLED 6.44 inci 2400×1080 (FHD+) serta RAM dan storan 8GB+128GB

vivo V23e 5G hadir dalam 3 pilihan warna menarik iaitu Moonlight Shadow, Sunshine Coast dan Mirage Gold

Semak Harga

{snap}

11. vivo Y77 5G




vivo Y77 5G sudah tersedia menyokong rangkaian serta menawarkan storan yang cukup besar iaitu 256GB dengan RAM  8GB.

Dikuasakan oleh Dimensity 810, ia turut dilengkapi dengan 2 kamera utama 50MP+2MP makro, kamera hadapan 16MP serta bateri besar 5000mAh.

Sistem operasinya pula adalah Funtouch 12 berasaskan Android 12 dengan paparan LCD bersaiz 6.58 inci 2408×1080 (FHD+).

vivo Y77 5G boleh didapati dalam pilihan warna Glowing Galaxy dan Starlight Black.

Semak Harga

{snap}

12. POCO X4 Pro 5G



Dimulakan dengan POCO maka untuk akhir sekali juga telefon pintar mampu milik yang sudah tersedia menyokong 5G Malaysia yang ada disenaraikan dalam DNB adalah dari POCO X4 Pro 5G.

Dikuasakan oleh Snapdragon 695 dengan sistem operasi MIUI 13 untuk POCO berasaskan Android 11, ia dilengkapi dengan skrin AMOLED DotDisplay 6.67 inci (2400 x 1080 FHD+) dengan kadar segar sehingga 120Hz.

Malah ia juga dimuatkan dengan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 60W.

Ia juga dilengkapi dengan 3 kamera utama berkuasa 108MP+8MP Ultra Lebar+2MP makro dengan kamera hadapan 16MP.

POCO X4 Pro 5G ditawarkan dengan pilihan spesifikasi RAM dan Storan 6GB+128GB dan 8GB+256GB serta warna Laser blue, Laser black dan POCO yellow

Semak Harga