Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hubble vs james webb

Ini Perbandingan Gambar Teleskop Hubble Dan James-Webb Yang Buat Saintis Terkejut

Diterbitkan September 1, 2022 · Dikemas kini September 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Teleskop Angkasa James-Webb secara rasmi mula berlayar di angkasa sekitar 8 bulan lepas, menghantar imej-imej baharu memaparkan galaksi yang jauh, ratusan juta tahun cahaya dari Bumi.

Ya, antara tujuan penciptaanya ialah untuk ‘memerhati’ angkasa.

Pun begitu, para saintis sebenarnya agak terkejut dengan dapatan teleskop ini kerana ia menunjukkan sesetengah galaksi-galaksi tua, lama dan jauh ini sebenarnya sangat besar, terang dan mempunyai struktur yang kemas.

teleskop james webb 4

Hal ini kerana melalui dapatan daripada Teleskop Hubble sebelum ini, galaksi-galaksi ini ditunjukkan mempunyai bentuk yang tidak berstruktur, kecil, ‘huru-hara’ dan tidak teratur.

Ini adalah disebabkan batasan teknologi pada Teleskop Hubble sendiri yang salah satunya ialah tidak mampu mengesan bintang-bintang yang lebih lama dan sejuk, kata Dan Coe, ahli astronomi di Space Telescope Science Institute (STScI).

Ini Perbandingan Gambar Teleskop Hubble Dan James-Webb Yang Buat Saintis Terkejut

Dengan Teleskop Hubble, ahli falak hanya melihat bintang-bintang baru yang panas. Tetapi, dengan penemuan dan gambar beresolusi lebih tinggi melalui peralatan lebih canggih pada James-Webb, kepercayaan saintis terhadap galaksi-galaksi luar ini nampaknya salah.

Berikut antara perbezaan gambar yang telah diproses, diambil Teleskop Hubble dan Teleskop James-Webb.

Ini Perbandingan Gambar Teleskop Hubble Dan James-Webb Yang Buat Saintis TerkejutIni Perbandingan Gambar Teleskop Hubble Dan James-Webb Yang Buat Saintis Terkejut

Dan Coe berkata, “Kami fikir alam semesta awal adalah tempat yang huru-hara di mana terdapat semua gumpalan pembentukan bintang,

dan semuanya bercampur-aduk,”

“We thought the early universe was this chaotic place where there’s all these clumps of star formation, and things are all a-jumble.”

Beliau juga terkejut mengetahui bilangan galaksi yang berbentuk secantik cakera.

Multi-Observatory Views of M74
Galaksi Phantom. Sumber: ESA

Galaksi-galaksi ini sebenarnya lebih daripada apa yang mereka percaya dan jangka, seumpama itu jika diringkaskan.

Untuk orang awam, gambar-gambar dihantar Teleskop James-Webb juga sebenarnya sangat mengagumkan bukan kerana bentuk galaksi itu sahaja tetapi dari segi resolusi dan ketajamannya juga.

galaksi dari james-webb

Bagaimanapun, ia bukanlah perkara baharu untuk saintis dan mereka yang terlibat dalam bidang sains.

Hal ini kerana mereka sedar akan batasan teknologi mengikut zaman serta perkara-perkara ‘ajaib’ dalam sains yang masih banyak belum diterokai manusia.

Penemuan-penemuan baharu yang tidak disangka ini sebenarnya satu keterujaan untuk mereka.

bulan jupiter teleskop james-webb
Bulan planet Jupiter melalui Teleskop Angkasa James-Webb.

Baru-baru ini juga, Teleskop Angkasa James-Webb ini menunjukkan bahawa terdapat karbon dioksida pada atmosfera sebuah planet gergasi bernama WASP-39 b.

Planet ini bagaimanapun dianggap tidak sesuai didiami dek kerana suhunya yang terlalu tinggi.

{suggest}

Teleskop James-Webb ini bernilai sekitar $10 bilion, hasil kerjasama NASA dan agensi dari Kanada dan Eropah.

Minggu lalu, NASA telah kongsikan bunyi dari angkasa yang telah disunting agar dapat didengari telinga manusia. Klik SINI untuk baca artikel penuh.

Sumber: Washington Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY