Ini 6 Benda Baru Di YouTube Yang Anda Perlu Tahu Sekarang Agar Tidak Terkejut

YouTube secara rasmi mengumumkan beberapa pembaharuan di aplikasi YouTube, web dan antara muka pada smart TV. Ia sudah mula tersedia mulai 2-3 hari lepas.

Namun, kami cuba kemas kini aplikasi YouTube namun masih belum menerimanya. Ini bermakna ia mengambil masa untuk dicapai seluruh pengguna serata dunia.

Jadi, jangan terkejut jika anda dapati anda tersalah tekan tetapi ada ciri baharu tiba-tiba wujud.

Teruskan tatal ke bawah untuk tahu apa yang baharu di YouTube.

{snap}

1. Mod ambien




Jika anda hidupkan mod gelap, anda akan dapati sedikit perubahan ketika memainkan video dalam skrin tidak penuh.

Pada bahagian atas dan bawah video, seolah-olah ada cahaya kabus bersinar dan warnanya menghampiri kandungan dalam video.

Ia akan meliputi ruang bar status dan sedikit pada tajuk video. Warna ambien ini akan mengikut video yang sedang dimainkan, justeru memberikan sedikit rasa "baharu" ketika menonton.

Ciri ini tersedia pada aplikasi mudah alih dan web. Kata YouTube, ciri ini diilhamkan daripada cahaya skrin dalam bilik yang gelap.

Tapi, jika anda mainkan video dalam skrin penuh di telefon, semestinya tidak ada perubahan.

Tambah YouTube lagi, ia bertujuan menambah keceriaan (vibrancy) tanpa mengganggu tontonan serta buatkan video menjadi tumpuan utama.

Klik untuk kemas kini YouTube (iOS)

Klik untuk kemas kini YouTube (Android)

{snap}

2. Mod gelap yang lagi gelap




Mod gelap pada web, aplikasi telefon serta TV pintar (smart TV) kini akan hadir dengan kegelapan yang lebih pekat jika anda aktifkan tema gelap.

Secara peribadi, saya lebih suka jika hadir dengan warna kelabu yang gelap seperti sekarang berbanding hitam pekat.

Hal ini kerana hitam pekat membuatkan bacaan kurang selesa.

Klik untuk kemas kini YouTube (iOS)

Klik untuk kemas kini YouTube (Android)

{snap}

3. Senarai main yang lebih cantik, lebih banyak butiran




Antara muka pada senarai main atau playlist juga akan diberi sedikit nafas baharu.

Perubahannya ialah di mana akan tertera imej thumbnail daripada video apabila anda klik senarai tersebut. Selain itu, butiran video juga disertakan seperti bila ia diterbitkan.

Bukan itu sahaja, malah warna latar pada petak di sebalik imej tersebut juga akan berdasarkannya. Pada petak itu, dua butang tersedia ialah "Play" dan "Shuffle".

Ini sedikit sebanyak menampakkan YouTube mengambil berat tentang UI playlist yang sebelum ini seolah-olah dibikin "malas" dan "asal ada".

Klik untuk kemas kini YouTube (iOS)

Klik untuk kemas kini YouTube (Android)

{snap}

4. Pautan jadi butang, "Subscribe" berubah rupa




Perkara seterusnya tentang antara muka ialah pautan dalam ruang description kini akan menjadi butang, bukan lagi teks berwarna biru.

Butang-butang sedia ada seperti "Like", "Share" dan "Download" pula akan hadir dengan format baharu yang akan mengurangkan gangguan.

Seperti anda dapat lihat, kesemua hadir dengan bentuk yang seragam, memudahkan pengguna untuk mencapainya.

Butang "Subscribe" juga diberi sentuhan yang mana ia akan mempunyai bentuk baharu dan warnanya pula diberi kontras yang lebih tinggi. Menarik lagi, ia tidak lagi berwarna merah.

Judul video juga dilihat menggunakan font baharu serta saiznya lebih besar. Keseluruhan antara muka termasuk ruangan komen juga diberi sentuhan baharu.

Klik untuk kemas kini YouTube (iOS)

Klik untuk kemas kini YouTube (Android)

{snap}

5. Zum dalam video




Ciri pinch to zoom atau cubit/picit untuk zum sehingga 8x telah mula disediakan untuk diuji pada pengguna Premium beberapa bulan lalu.

Kali ini, ciri ini akan tersedia untuk semua pengguna, sama ada iOS mahupun Android. Menerusinya, skin akan akan kekal pada tahap yang anda zum.

Tidak cukup dengan itu, pada tahap zum tersebut juga, anda boleh bergerak ke kawasan lain dalam video tanpa ia kembali pada zum 1x.

Klik untuk kemas kini YouTube (iOS)

Klik untuk kemas kini YouTube (Android)

{snap}

6. Carian saat yang lebih tepat




Fungsi yang disebut sebagai "precise seeking" dalam bahasa Inggeris ini membolehkan anda pergi mana-mana bahagian dalam video dengan lebih terperinci.

Untuk menggunakannya, leret seek bar seperti biasa (kiri/kanan), kemudian akan muncul imej-imej daripada video yang menunjukkan kandungan video pada saat tertentu.

Satu lagi yang sudah tersedia sejak beberapa bulan lalu ialah anda kini boleh tekan pada mana-mana bahagian video untuk beberapa saat dan leret untuk ke saat dimahukan.

Ya, tidak perlu lagi leret seek bar.

Klik untuk kemas kini YouTube (iOS)

Klik untuk kemas kini YouTube (Android)

{snap}

7. Tekan dua kali untuk langkau babak


YouTube Chapters | The Ultimate Guide How to Use YouTube Chapters

Fungsi ini sudah pun dilancarkan sebelum ini namun kami masukkan juga mana tahu, anda yang belum sedar kewujudannya.

Anda kini boleh tap dua kali dengan dua jari ketika untuk langkau chapter yang sedang mainkan.

2 jari, 2 kali, lalu YouTube akan terus bawa anda ke babak seterusnya. Tapi, perlulah terlebih dahulu video itu mempunyai babak.

Sumber: YouTube

Klik untuk kemas kini YouTube (iOS)

Klik untuk kemas kini YouTube (Android)