Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelancaran Hampir Tiba, Antara Ura-Ura Spesifikasi iPhone 14 Setakat Ini

Pelancaran Hampir Tiba, Antara Ura-Ura Spesifikasi iPhone 14 Setakat Ini

Diterbitkan September 1, 2022 · Dikemas kini September 1, 2022 oleh Amalina Athman

Sudah diketahui, Apple menjadualkan acara pengenalan barisan iPhone 14 pada 7 September ini. Namun, sehingga pelancarannya, bukanlah perkara baharu untuk menjadi teka-teki bagi segala spesifikasi yang akan ditawarkan pada siri iPhone terbaharu itu.

Oleh itu, berikut disenaraikan secara ringkas segala desas-desus mengenai spesifikasi iPhone 14 setakat ini.

Berkaitan

  • Harga iPhone 14 Pro Mungkin Naik Sekitar RM400
  • Acara Apple Sah Akan Berlangsung Awal September, Dijangka Perkenal Siri iPhone 14
  • Kuo: iPhone 14 Pro Akan Dilengkapi Sensor Kamera Lebih Besar

Permulaan storan model iPhone 14 Pro

Laporan mengenainya bercampur, di mana ada yang menyatakan ia mungkin hadir dengan permulaan storan 256GB, selari dengan ura-ura kenaikan harga yang dikhabarkan sebelum ini. Namun, ada juga yang mengatakan Apple sebaliknya masih mengekalkan pilihan storan 128GB.

Warna Ungu

Desas-desus menyatakan Apple akan menawarkan pilihan warna ungu bagi barisan iPhone 14.

Pelancaran Hampir Tiba, Antara Ura-Ura Spesifikasi iPhone 14 Setakat Ini

Minggu lalu, melalui video yang dikongsi telah memperlihatkan imej yang didakwa adalah unit dummy iPhone 14 Pro dengan pilihan warna ungu.

Paparan berlubang

Bukan perkara baharu, mengekalkan paparan bertakuk atau berlubang merupakan antara tumpuan utama bagi naik taraf iPhone pada tahun ini.

hole iPhone 14

Jika benar ia hadir dengan paparan berlubang, tidak diketahui sama ada Apple akan menawarkan paparan berlubang yang berbentuk huruf ‘i’ secara melintang, atau potongan sebaris pil secara memanjang.

Cip pemproses

Dikhabarkan, dua model iPhone 14 versi asas tidak akan dinaiktaraf dengan cip baharu. Ini bermakna Apple mungkin akan mengekalkan penggunaan cip A15 Bionic pada kedua-dua model asas iPhone 14.

Sebaliknya, hanya iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang menerima cip terbaharu A16 Bionic.

Sensor kamera lebih besar

Penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo mengatakan model iPhone 14 Pro akan hadir dengan lensa ultra-lebar (ultra-wide) bersama sensor yang lebih besar. Dijangkakan lensa ultra-lebar tahun ini mungkin dimuatkan dengan sensor 1.4µm piksel berbanding 1.0µm pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Dengan sensor kamera yang lebih besar, bonggol kamera juga dijangkakan akan lebih besar berbanding tahun lalu.

Harga

Dapat dijangkakan Apple akan menaikkan harga iPhone 14 Pro berbanding yang ditawarkan pada iPhone 13 Pro sebelum ini. Selari dengan naik taraf yang lebih banyak untuk model Pro, tidak mustahil kenaikan harga adalah benar.

Laporan terdahulu menyebut harga jualan bagi model iPhone 14 Pro mungkin naik sekitar RM400, dengan jangkaan purata kenaikan 15% bagi siri iPhone 14 secara keseluruhan.

Akan tetapi, laporan terbaharu pula mengatakan kenaikan harga tidak seperti yang dijangkakan sebelumnya. Apple berkemungkinan hanya menaikkan sedikit harga iPhone 14 Pro dan tidak menunjukkan kenaikan harga yang ketara.

Sementara itu, harga iPhone 14 pula dikhabarkan akan dikekalkan seperti penawaran harga pada iPhone 13 sebelum ini.

Dengan segala desas-desus yang ada ketika ini, sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran mengenai spesifikasi yang akan ditawarkan pada iPhone 14 kelak. Untuk kesahihan mengenainya, nantikan acara pelancaran yang dijadual berlangsung 8 September, 1pagi mengikut waktu tempatan. Penstriman langsung boleh ditonton melalui laman web Apple, Youtube dan sebagainya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY