Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
camera bump2

Perbandingan Bonggol Kamera iPhone 14 Pro Max Dan iPhone 13 Pro Max Diperlihatkan

Diterbitkan Ogos 8, 2022 oleh Amalina Athman

Seperti yang dilaporkan oleh Ming Chi Kuo beberapa bulan lepas, iPhone 14 Pro Max dijangka bakal hadir dengan bonggol atau bump kamera yang lebih besar. Ia berikutan kerana sensor yang bakal dimuatkan pada iPhone 14 Pro Max itu akan dinaiktaraf.

Berkaitan

  • Kuo Jelaskan Kenapa Bonggol Kamera iPhone 14 Pro Makin 'Gedabak'
  • Didakwa Bakal Hadir Dengan Warna Ungu, Ini Mungkin Antara Spesifikasi iPhone 14
  • Apple Dikhabar Sudah Mula Buat Persediaan Untuk Pelancaran iPhone 14

Terbaru, gambar yang diperolehi daripada akaun Twitter @lipilipsi dan dikongsi semula oleh @MajinBuOfficial telah memperlihatkan bonggol kamera yang akan dimuatkan pada iPhone tersebut.

Perbandingan Bonggol Kamera iPhone 14 Pro Max Dan iPhone 13 Pro Max Diperlihatkan

Seperti gambar di atas, ia menunjukkan bonggol kamera yang lebih besar pada unit dummy iPhone 14 Pro Max berbanding sistem kamera belakang pada iPhone 13 Pro Max. Menurut laporan sebelumnya, modul kamera yang dimuatkan pada bahagian belakang iPhone 14 Pro Max itu mempunyai ketebalan 4.17mm, jika dibandingkan 3.60mm pada model iPhone 13 Pro Max.

kamera bump iPhone 14

Terdahulu, Ming Chi Kuo turut melaporkan model iPhone 14 Pro dijangka akan hadir dengan kamera 48MP, dengan penambahbaikan yang ketara berbanding kamera 12MP yang dimuatkan pada iPhone sedia ada.

Seperti tahun sebelumnya, Apple dijangka akan memperkenalkan model iPhone 14 pada acara yang akan berlangsung September depan. Menjelang pelancarannya tidak lama lagi, dijangka lebih banyak khabar mengenainya akan diperkatakan.

Sumber: Mac Rumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY