Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ura-Ura: Harga iPhone 14 Sama Seperti iPhone 13

Ura-Ura: Harga iPhone 14 Sama Seperti iPhone 13

Diterbitkan Ogos 3, 2022 oleh Amalina Athman

Khabar angin mengenai harga iPhone 14 yang dijangka pelancaran pada pertengahan September depan bukanlah perkara baharu. Menguatkan lagi khabar sebelum ini, ura-ura terkini sekali lagi mendedahkan maklumat mengenai penawaran harga pada model iPhone 14 akan datang.

Memetik hantaran daripada akaun “yeux1122” di laman blog Naver, Apple dikatakan tidak akan menaikkan harga jualan bagi model separa andalan iPhone 14. Ia berikutan untuk meningkatkan jualan dan mengimbangi permintaan yang semakin berkurangan disebabkan situasi semasa pasaran global telefon pintar.

Keputusan untuk mengekalkan harga pada iPhone 14 6.1 inci tahun ini didakwa telah dibuat di peringkat eksekutif tertinggi, walaupun syarikat itu menghadapi peningkatan kos pengeluaran dan pergolakan rantaian bekalan yang berterusan.

Sumber ini dikatakan datang daripada institusi kewangan utama AS. Namun, tidak dinyatakan nama dan rekod prestasi bagi mengetahui sejauh mana ketepatan maklumat yang diperoleh.

Jika benar iPhone 14 6.1 inci akan dikekalkan harga seperti model iPhone 13 tahun lalu, peranti ini dijangka akan hadir dengan tanda harga $799 iaitu kira-kira sekitar RM3561.

Menurut Macrumors, akaun Naver berkenaan telah menjadi sumber beberapa maklumat tepat sebelum ini, termasuk perincian mengenai iPad mini 6 sebelum ia dilancarkan. Bagaimanapun, akaun yang sama juga pernah memberikan maklumat yang salah di mana ia menyatakan Apple akan mengeluarkan iPad mini Pro pada separuh kedua 2021. Namun, perkara itu tidak berlaku.

Dengan itu, sejauh mana kebenaran maklumat ini masih belum dapat diketahui lagi. Apa yang pasti, sudah tentu lebih banyak khabar angin mengenai iPhone 14 akan berlegar menjelang pelancarannya pada bulan hadapan.

Sumber: Mac Rumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY