Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harga iPhone 14 Pro Mungkin Naik Sekitar RM400

Harga iPhone 14 Pro Mungkin Naik Sekitar RM400

Diterbitkan Ogos 18, 2022 oleh Amalina Athman

Pada minggu lalu, Ming-Chi Kuo dalam satu laporan telah menyatakan Apple merancang untuk menaikkan harga bagi model iPhone 14 Pro, dengan purata harga jualan bagi keseluruhan model iPhone 14 dinaikkan sekitar 15%.

Kini, Apple melalui laporan terbaru dikhabarkan mungkin akan menaikkan harga bagi model iPhone 14 Pro sekitar $100 (~RM446) berbanding harga yang ditawarkan untuk model iPhone 13 Pro ketika pelancarannya.

Berkaitan

  • Ura-Ura: Harga iPhone 14 Sama Seperti iPhone 13
  • Apple Dikhabar Sudah Mula Buat Persediaan Untuk Pelancaran iPhone 14
  • Kuo: Apple Akan Naikkan Harga Jualan Untuk Model iPhone 14 Pro

Menurut penganalisis Dan Ives dari Wedbush Securities, walaupun model asas iPhone 14 akan dikekalkan dengan harga sama seperti model sebelumnya, berbeza bagi model iPhone 14 Pro/Pro Max yang dijangka akan dinaikkan harga sehingga $100.

Mengimbas kembali, iPhone 13 Pro dan Pro Max masing-masing ditawarkan dengan harga bermula RM4,899 dan RM5,299.

Bagi model iPhone 14 Pro, kenaikan harga ini dijangkakan berikutan mengambil kira kenaikan harga komponen dan ciri-ciri baharu yang akan ditawarkan pada model itu kelak.

Untuk spesifikasi, desas-desus mengatakan iPhone 14 Pro mungkin hadir dengan skrin paparan berlubang berbentuk pil, sistem operasi iOS 16 bersama cip A16 Bionic, sokongan Always-on-Display (AOD), RAM yang lebih besar, kamera 48MP serta menyokong rakaman 8K.

Untuk penawaran storan, ianya masih menjadi tanda tanya jika Apple akan menawarkan storan permulaan 256GB pada iPhone 14 Pro atau sebaliknya masih menawarkan storan 128GB.

Seperti biasa, Apple dijangka akan melancarkan siri iPhone 14 pada September depan.

Sumber: Mac Rumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY