Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxresdefault (2)

Acara Apple Sah Akan Berlangsung Awal September, Dijangka Perkenal Siri iPhone 14

Diterbitkan Ogos 25, 2022 · Dikemas kini Ogos 25, 2022 oleh Amalina Athman

Setelah sekian lama kita berteka-teki, Apple secara rasmi hari ini mengesahkan acara khas “Far Out” akan berlangsung pada 7 September kelak.

Melalui acara khas itu nanti, ia dijangka akan memfokuskan pengenalan siri iPhone 14 dengan empat model yang terdiri daripada 6.1 inci iPhone 14, 6.7 inci iPhone Max, 6.1 inci iPhone 14 Pro dan 6.7 inci iPhone 14 Pro Max.

Berkaitan

  • Perbandingan Bonggol Kamera iPhone 14 Pro Max Dan iPhone 13 Pro Max Diperlihatkan
  • Harga iPhone 14 Pro Mungkin Naik Sekitar RM400
  • Acara Pelancaran Siri iPhone 14 Dijangka Berlangsung Lebih Awal

Desas-desus sebelum ini mengatakan model iPhone 14 bagi varian Pro akan hadir dengan sejumlah naik taraf termasuk paparan berlubang, cip A16 Bionic, kamera 48MP dan sebagainya.

Selain siri iPhone 14, Apple juga dijangka akan melancarkan Apple Watch Series 8 dengan tiga model yang dinaik taraf.

Bagi yang ingin menonton acara ini nanti, Apple akan melakukan penstriman langsung melalui laman web rasmi, Youtube dan Apple TV. Seperti biasa, waktu tempatan adalah pada 8 September jam 1 pagi. Segala desas-desus akan terjawab melalui acara itu nanti. Dengan itu, sama-sama kita nantikan perasmiannya sekitar dua minggu lagi.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY