Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp View Once Text_1

WhatsApp Uji Ciri ‘View Once’ Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya

Diterbitkan November 26, 2026 · Dikemas kini November 26, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini mula menguji ciri ‘View Once’ untuk mesej teks, yang membolehkan mesej dibaca sekali sahaja sebelum kandungannya hilang daripada ruang sembang.

Seperti namanya, penerima hanya boleh membuka mesej tersebut sekali sahaja. Ketika mesej dibuka, WhatsApp akan menyekat fungsi tangkap layar dan rakaman skrin, selain menghalang penerima daripada menyimpan atau memanjangkan (forward) kandungannya.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu membuka perbualan dan menaip mesej seperti biasa, kemudian tekan lama butang hantar sebelum memilih View Once daripada menu yang dipaparkan.

WhatsApp View Once Text_2

Menurut WABetaInfo, menu tersebut turut memaparkan pilihan untuk menjadualkan mesej bagi pengguna yang sudah menerima kedua-dua fungsi berkenaan. Untuk makluman, ciri menjadualkan mesej merupakan fungsi berasingan, tetapi boleh diakses menggunakan kaedah yang sama.

view once whatsapp_1
Foto: WABetaInfo

Apabila penerima membuka mesej berkenaan, kandungannya akan dipaparkan dalam paparan khas. Selepas paparan itu ditutup, mesej akan hilang daripada ruang sembang dan digantikan dengan penunjuk bahawa mesej telah dibuka. Pengirim juga boleh mengetahui apabila penerima sudah membuka mesej tersebut, tetapi kedua-dua pihak tidak lagi boleh mengakses kandungan asalnya.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sekatan tangkap layar dan rakaman skrin dalam aplikasi tidak bermakna kandungan mesej mustahil dirakam menggunakan peranti lain.

Buat masa ini, ciri tersebut sudah mula diterima oleh sebahagian penguji beta WhatsApp yang menggunakan Android versi 2.26.45.6 dan iOS versi 26.45.10.73, serta sebilangan pengguna aplikasi versi stabil.

Berkaitan

  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • WhatsApp Mula Uji Sandaran Awan Sendiri - Tawar 2GB Storan Percuma
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Ciri Mesej Berjadual

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
©2026 WISER.MY