Didakwa Imej Tertiris, Ini Mungkin Warna Ungu iPhone 14 Pro

Menjelang acara pelancaran yang akan berlangsung sekitar dua minggu lagi, lebih banyak khabar mengenai siri iPhone 14 hangat diperkatakan. Terbaru, imej tertiris didakwa adalah unit dummy iPhone 14 Pro telah memperlihatkan varian warna yang mungkin akan ditawarkan pada peranti itu kelak.

{suggest}

Melalui hantaran di Twitter DuanRui, pemilik akaun itu telah berkongsi video berdurasi 6 saat, yang diperoleh daripada Weibo, di mana ia memperlihatkan imej yang didakwa adalah iPhone 14 Pro dengan pilihan warna ungu.

https://twitter.com/duanrui1205/status/1562626475656105986

Akan tetapi, perlu diketahui iPhone 14 Pro di dalam video tersebut adalah unit dummy dan fokus utama video adalah untuk memperlihatkan warna baharu.



Khabar angin mengenai pilihan warna ungu pada iPhone 14 Pro bukanlah perkara baharu. Selain warna ungu, turut dikongsikan adalah imej lain yang menunjukkan pilihan warna iPhone 14 Pro termasuk Navy Blue, Gold, Graphite, dan Silver.

Pilihan warna ini adalah sedikit berbeza daripada apa yang dikongsikan oleh Jioriku beberapa minggu lalu.

Dengan segala desas-desus ketika ini, ia masih menjadi tanda tanya mengenai kesahihannya. Untuk itu, nantikan acara pelancaran iPhone 14 pada 7 September depan, bagi mengesahkannya.

Sumber: 9to5Mac