Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kuo: iPhone 14 Pro Akan Dilengkapi Sensor Kamera Lebih Besar

Kuo: iPhone 14 Pro Akan Dilengkapi Sensor Kamera Lebih Besar

Diterbitkan Ogos 30, 2022 oleh Amalina Athman

Seperti yang diketahui, Apple akan melancarkan iPhone baharu pada acara yang akan berlangsung 7 September ini. Ura-ura sebelum ini mengatakan iPhone 14 Pro akan menerima lebih banyak pembaharuan dengan skrin paparan baharu serta naik taraf sistem kamera.

Terbaharu, penganalisis Ming-Chi Kuo mengatakan model iPhone 14 Pro akan hadir dengan lensa ultra-lebar (ultra-wide) bersama sensor yang lebih besar.

Berkaitan

  • Apple Minta Pembekal Hasilkan Sekurangnya 90 Juta Unit iPhone 14
  • Harga iPhone 14 Pro Mungkin Naik Sekitar RM400
  • Acara Apple Sah Akan Berlangsung Awal September, Dijangka Perkenal Siri iPhone 14

Menurut Kuo melalui Twitter, kedua-dua iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan dilengkapi lensa ultra-lebar dengan sensor yang lebih besar, di mana secara tidak langsung ia juga akan menghasilkan piksel yang lebih besar.

Pada masa ini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dimuatkan dengan kamera ultra-lebar 12MP 1.0µm (mikrometer) piksel. Kuo menjangkakan lensa ultra-lebar tahun ini mungkin dimuatkan dengan sensor 1.4µm piksel. Bagaimanapun. komponen baharu bagi penghasilannya pula dikhabarkan 70% lebih mahal berbanding sedia ada.

Terdahulu, Kuo juga pernah melaporkan harga jualan bagi model iPhone 14 Pro akan dinaikkan, dengan jangkaan purata kenaikan 15% bagi siri iPhone 14 secara keseluruhan.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY