Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
b2d739b7343d4131b5840eda59f5dc48 (1)

IRON Akan Mula ‘Bekerja’ Di Pusat Jualan XPENG Pada 2027

Diterbitkan November 26, 2026 oleh ariff bukhari

XPENG  di acara AI Day 2026 telah memperkenalkan robot humanoid pertamanya yang dikenali sebagai IRON.

Ia merupakan langkah baharu syarikat itu dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan fizikal.

IRON dibangunkan menggunakan seni bina Seni Bina AI Fizikal Turing yang turut menjadi asas kepada ekosistem AI XPENG.

Robot ini direka untuk berinteraksi dengan manusia serta melaksanakan pelbagai tugas dalam persekitaran dunia sebenar.

IRON Akan Mula ‘Bekerja’ Di Pusat Jualan XPENG Pada 2027
Berketinggian 170 cm dan seberat 62 kg, IRON akan memulakan latihan industri di cawangan pusat jualan XPENG sebagai pembantu jualan dalam suku pertama 2027.

Menurut XPENG, IRON dilengkapi dengan 76 darjah kebebasan pergerakan serta lebih 1,500 titik penderiaan sentuhan yang membolehkannya bergerak dan bertindak balas dengan lebih semula jadi.

Bagi memproses data dan membuat keputusan secara masa nyata, IRON menggunakan tiga cip AI Turing keluaran XPENG sendiri.

Robot ini juga mampu bergerak secara autonomi, menerima arahan melalui suara atau aplikasi, mengecas dirinya sendiri dan memantau keadaan operasinya tanpa bantuan manusia.

Ciri-ciri tersebut menunjukkan usaha XPENG untuk menghasilkan robot yang bukan sahaja pintar, malah boleh berfungsi secara berdikari.

XPENG memaklumkan, mereka merancang untuk memulakan latihan penggunaan IRON sebagai pembantu di pusat jualan syarikat pada suku pertama 2027 sebelum pelancaran rasmi untuk pelanggan komersial yang disasarkan pada suku kedua tahun yang sama.

{suggest]

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Robot Humanoid XPENG Mula Berjalan Keluar Sendiri Dari Kilang
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron

Terbaru

  • WhatsApp Uji Ciri 'View Once' Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya
  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
©2026 WISER.MY