Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

OpenAI Hentikan Sementara Langganan Pelan ChatGPT Pro 20X

Diterbitkan September 11, 2026 · Dikemas kini September 11, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI kini menghentikan sementara langganan pelan ChatGPT Pro 20X yang berharga RM999.90, susulan permintaan tinggi terhadap model AI terbaharunya, Astra, yang turut memberi tekanan besar kepada sistemnya.

Perkara itu diumumkan oleh ketua produk di OpenAI, Thibault Sottiaux, yang mengetuai beberapa produk utama seperti Codex dan ChatGPT.

Menurutnya, langkah tersebut diambil bagi memastikan OpenAI dapat terus menyediakan akses kepada perkhidmatannya seluas mungkin ketika berdepan dengan peningkatan permintaan. Syarikat juga sedang berusaha menambah kapasiti untuk menampung penggunaan yang semakin tinggi.

To make sure our current users have an incredible experience and continued access to Astra, we are going to pause subscriptions to our $200 Pro plan. These put the most strain on our systems and we wanted to take the smallest step that allows us to continue giving the broadest… https://t.co/WhLEm3HBL7

— Tibo (@thsottiaux) September 10, 2026

Sottiaux sebelum ini menyifatkan permintaan terhadap Astra sebagai sesuatu yang belum pernah berlaku sebelumnya. Beliau berkata OpenAI sedang menggunakan pelbagai langkah untuk menanganinya, namun keutamaan kekal diberikan kepada pengguna sedia ada.

Bagi pelanggan yang sudah melanggan Pro 20X, perubahan ini tidak menjejaskan langganan sedia ada. Namun, pengguna yang membatalkan pelan tersebut atau menurunkan taraf (downgrade) selepas ini tidak boleh kembali melanggan Pro 20X sehingga OpenAI membuka semula akses kepada pelan berkenaan.

Pengguna di Malaysia yang masih mahu mendapatkan pelan Pro juga boleh memilih ChatGPT Pro RM420, yang masih tersedia. Perbezaan utama antara kedua-dua peringkat ini ialah had penggunaan, dengan Pro RM420 menawarkan sehingga lima kali ganda penggunaan berbanding Plus, manakala Pro 20X menawarkan sehingga 20 kali ganda.

OpenAI tidak memberikan tempoh khusus untuk penghentian sementara ini dan setakat 11 September 2026, belum mengumumkan bila pendaftaran baharu untuk Pro 20X akan dibuka semula.

Langkah tersebut juga tidak menjejaskan pelan OpenAI yang lain atau penggunaan API, yang masih tersedia seperti biasa.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • ChatGPT Pro Kini Hadir Dalam Dua Versi - Harga Bermula RM420/Bulan
  • Bukan Sekadar Chatbot, ChatGPT Kini Dikategorikan Sebagai Enjin Carian Di EU
  • GPT-6 Astra Diperkenalkan, Model Paling Pintar Di Dunia Menurut OpenAI
  • ChatGPT Images 2.5 Kini Tersedia - Janaan Lebih Pantas, Suntingan Lebih Tepat, Ada Ciri 'Sketch'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY