Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT Images 2.5_01

ChatGPT Images 2.5 Kini Tersedia – Janaan Lebih Pantas, Suntingan Lebih Tepat, Ada Ciri ‘Sketch’

Diterbitkan September 9, 2026 ยท Dikemas kini September 9, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini memperkenalkan ChatGPT Images 2.5, model penjanaan imej baharu yang membawa peningkatan dari segi ketajaman, kelajuan penjanaan dan ketepatan ketika menyunting imej.

Menurut OpenAI, Images 2.5 menghasilkan pencahayaan yang lebih semula jadi dan tekstur yang lebih kaya, selain lebih baik dalam mengekalkan subjek daripada foto rujukan. Penjanaan imej juga kini lebih pantas, dengan kependaman (latency) dikurangkan sehingga 50% berbanding Images 2.0.

Dari segi penyuntingan, model baharu ini lebih tepat dalam mengubah perkara yang diminta tanpa menjejaskan butiran lain dalam imej. OpenAI turut menyatakan Images 2.5 lebih konsisten apabila imej disunting beberapa kali, dengan perubahan terdahulu lebih berkemungkinan dikekalkan sepanjang proses tersebut.

Dalam ChatGPT, OpenAI turut memperkenalkan ciri Sketch yang membolehkan pengguna melukis terus dalam ChatGPT untuk dijadikan panduan visual sebelum imej akhir dijana. Pengguna hanya perlu menaip “@Sketch” untuk menggunakannya.

Selain itu, terdapat Templates untuk membantu pengguna memulakan projek menggunakan format seperti poster atau barangan, sebelum menambah maklumat, elemen reka bentuk dan gaya masing-masing. Pengguna juga boleh meletakkan komen terus pada imej untuk membuat penyuntingan yang lebih terarah.

Ketersediaan

ChatGPT Images 2.5 kini dilancarkan kepada semua pengguna ChatGPT, ChatGPT Work dan Codex di desktop, mudah alih serta web.

OpenAI turut memperkenalkan dua model baharu melalui API, iaitu GPT-Image-2.5 Flare dan GPT-Image-2.5 Sunburst. Flare membawa peningkatan dari segi kualiti, penyuntingan dan kelajuan, manakala Sunburst menawarkan ketepatan lebih tinggi untuk kerja kreatif terperinci dengan masa penjanaan yang lebih lama.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • OpenAI Naik Taraf ChatGPT - Pengguna Percuma Kini Dapat 'Chat' Tanpa Had Dengan GPT-5.6 Luna
  • Bukan Sekadar Chatbot, ChatGPT Kini Dikategorikan Sebagai Enjin Carian Di EU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY