Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

ChatGPT Pro Kini Hadir Dalam Dua Versi – Harga Bermula RM420/Bulan

Diterbitkan April 10, 2026 · Dikemas kini April 10, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI kini memperkenalkan versi baharu bagi langganan ChatGPT Pro pada harga RM420 sebulan, sebagai langkah untuk menyokong penggunaan Codex yang semakin meningkat.

Ini juga bermaksud kini terdapat dua pilihan untuk pelan ChatGPT Pro, berbanding sebelum ini yang hanya ditawarkan pada harga lebih tinggi.

pelan ChatGPT April 2026_
Baharu
pelan ChatGPT April 2026_lama
Lama

Menurut OpenAI, versi baharu ini menawarkan sehingga lima kali ganda penggunaan Codex berbanding ChatGPT Plus. Ia turut merangkumi akses kepada semua ciri Pro termasuk model eksklusif, serta penggunaan tanpa had untuk model Instant dan Thinking.

Untuk tempoh terhad sehingga 31 Mei, pelanggan pelan ini juga akan menerima sehingga 10 kali ganda penggunaan Codex berbanding Plus.

We’re updating our ChatGPT Pro and Plus subscriptions to better support the growing use of Codex.

We’re introducing a new $100/month Pro tier. This new tier offers 5x more Codex usage than Plus and is best for longer, high-effort Codex sessions.

In ChatGPT, this new Pro tier…

— OpenAI (@OpenAI) April 9, 2026

Dalam masa sama, pelan ChatGPT Pro berharga RM999.90/bulan masih dikekalkan. Bezanya, pelan ini menawarkan had penggunaan sehingga 20 kali ganda berbanding Plus, dan lebih sesuai untuk aliran kerja berat atau projek berskala besar yang dijalankan secara berterusan.

Secara ringkas, kedua-dua pelan Pro menawarkan ciri yang sama, tetapi berbeza dari segi had penggunaan.

pelan ChatGPT April 2026_2
pelan ChatGPT April 2026_3

Pengenalan versi baharu ini juga dilihat sebagai usaha OpenAI untuk menawarkan pilihan yang lebih mampu milik, selain bersaing secara langsung dengan pelan “Max” Claude. Menariknya, Claude turut menawarkan dua versi pelan dengan konsep serupa, iaitu 5 kali dan 20 kali had penggunaan berbanding pelan di bawahnya, dengan harga yang sama – sekurang-kurangnya untuk pasaran Amerika Syarikat.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • OpenAI Turunkan Harga Langganan ChatGPT Go Di Malaysia
  • ChatGPT Kini Tersedia Di Apple CarPlay

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY