Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthony Loke_kredit Kementerian pengangkutan

Menteri Cadang JPJ Guna Teknologi Pengecaman Nombor Plat Sebagai Alternatif Sekatan Jalan Raya

Diterbitkan Januari 28, 2026 · Dikemas kini Januari 29, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu beralih kepada pendekatan baharu dalam pelaksanaan sekatan jalan raya bagi mengurangkan kesesakan serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.

Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kaedah sekatan jalan raya secara fizikal atau roadblock yang dilaksanakan ketika ini sering menyebabkan kesesakan lalu lintas, terutamanya apabila lorong jalan dikecilkan kepada satu atau dua lorong.

Menurutnya, pendekatan baharu yang lebih berkesan boleh dilaksanakan melalui pengintegrasian data antara agensi serta penggunaan teknologi Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR). Kaedah ini membolehkan pemeriksaan kenderaan dijalankan tanpa perlu memberhentikan kenderaan di jalan raya.

“Saya taknak tengok JPJ buat sekatan jalan selepas orang masuk tol. Enam lorong jadi satu lorong, orang marah, ini pendekatan lama. Jadi JPJ juga kena ada perubahan, kita menggunakan cara yang pintar. Dengan teknologi yang ada hari ini, kita integrasikan ANPR (yang dikendalikan) PLUS dengan sistem JPJ mySIKAP,” katanya.

Tambah beliau, integrasi tersebut bukan sahaja memudahkan proses kutipan tol, malah membolehkan pihak berkuasa mengesan status cukai jalan, perlindungan insurans serta mengenal pasti kenderaan curi atau tidak berdaftar secara automatik.

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak untuk mengehadkan kemasukan motosikal di lebuh raya, Loke berkata perkara itu perlu dibincangkan secara praktikal dan teliti bagi menilai keberkesanan serta kesan terhadap pengguna lain sebelum sebarang keputusan dibuat.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Untuk 18 Tahun Ke Atas - Berkuat Kuasa Februari 2026
  • PLUS Perkenal Sistem Pembayaran Tol Guna Pengecaman Nombor Plat, Lorong Bebas
  • Semua Pemegang Lesen Memandu Kini Boleh Mohon Kad Fizikal Secara Terbuka - Kadar Bayaran RM20
  • Mulai 1 Februari, Tiada Lagi Cetakan Slip 'Road Tax' Kenderaan Persendirian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY