Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yellow and Black Photo Collage Mental Health Podcast YouTube Thumbnail

Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Diterbitkan September 18, 2025 · Dikemas kini Disember 4, 2025 oleh Penaja

Baru-baru ini Google umumkan Gemini Nano Banana, model AI generatif ringan yang mampu hasilkan imej secara pintar. Ramai teruja mencuba, tetapi kebanyakan fungsi anda perlu menggunakan aplikasi Gemini atau dari pelayar web.

Namun, realme melangkah setapak lebih jauh dengan memperkenalkan inovasi yang digelar sebagai “The Ultimate AI Party Phone.

Melalui realme 15 Pro, anda kini boleh menikmati AI Edit Genie pertama di dunia, teknologi yang membolehkan gambar diubah hanya dengan arahan suara. Lebih menarik, ia memahami Bahasa Melayu selain Inggeris dan Mandarin.

Edit Gambar Semudah Bercakap

realme 15 pro
realme 15 pro

 

AI Edit Genie menjadikan proses editing jauh lebih mudah. Tidak perlu lagi membuka Photoshop atau aplikasi kompleks. Cukup sebut:

  • “Buang orang belakang” untuk hilangkan photobomber.
  • “Pakaikan spec mata” untuk tambah aksesori.
  • “Tukar baju ni warna putih” untuk ubah pakaian.

Semuanya berlaku dalam beberapa saat. Fungsi ini juga menyokong multi-step editing.

Gambar di bawah adalah cara menggunakan AI Edit Genie.

Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
Pilih gambar dan klik AI edit genie
Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
Tekan untuk beri arahan guna suara atau ‘keyboard’
Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
AI sedang proses imej
Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
Hasilnya

Anda boleh berkata, “Tukar background jadi pantai, tambah cermin mata hitam dekat muka”, dan hasilnya terus siap.

Sebagai contoh, gambar di bawah adalah memberi arahan untuk membuang ‘photobomb’ dan juga menukar latar belakang.

realme 15 pro
realme 15 pro
realme 15 pro
realme 15 pro

 

realme turut berkongsi beberapa idea yang dekat dengan kehidupan kita:

  • Selfie di mamak makan roti canai, kemudian edit jadi fine dining makan steak.
  • Malas bangun awal untuk hiking? Cipta alasan dengan menambah hujan dalam gambar.
  • OOTD dengan seluar pendek, tetapi edit kepada jeans supaya nampak lebih sopan untuk dikongsi
realme 15 pro
realme 15 pro

Fungsi ini bukan sekadar alat teknikal, tetapi medium kreatif yang menjadikan perkongsian gambar lebih menyeronokkan. Lihat contoh di bawah yang mana anda boleh serlahkan bakat kreatif yang terpendam.

realme 15 pro
realme 15 pro
realme 15 pro
realme 15 pro

Kamera Mantap, Hasil Lebih Berkualiti

realme 15 pro

Kehebatan AI Edit Genie disokong oleh sistem kamera yang cemerlang pada realme 15 Pro. Ia hadir dengan tiga kamera 50MP (utama, ultra lebar dan swafoto), kesemuanya menyokong rakaman 4K 60fps.

Ini merupakan kelebihan besar dalam segmen mid-range kerana bukan hanya kamera utama, malah kamera ultra-lebar dan kamera swafoto juga mampu merakam video berkualiti tinggi.

Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Dengan kualiti asas yang sudah tinggi, AI Edit Genie memberi ruang untuk meningkatkan hasil mengikut kreativiti pengguna.

Lebih Daripada Sekadar Telefon

realme 15 pro

AI Edit Genie menjadikan suntingan gambar sesuatu yang spontan dan mudah. Arahan suara dalam Bahasa Melayu menjadikan pengalaman ini lebih dekat dengan pengguna tempatan.

Jika sebelum ini edit gambar yang “wow” memerlukan laptop dan perisian kompleks, kini cukup dengan satu peranti yang nipis dan ringan. Semua orang boleh jadi “pro editor”.

Ciri Lain

realme 15 pro

Selain AI Edit Genie, realme 15 Pro menawarkan cip pemprosesan berprestasi Snapdragon 7 Gen 4, bateri besar 7000mAh dengan pengecasan pantas 80W, rekaan ultra-slim dengan skrin 144Hz 4D Curve+, serta perlindungan IP69 tahan air dan debu.

Ia adalah pakej lengkap untuk anda yang mahukan telefon bergaya, tahan lama dan praktikal.

Kesimpulan

realme 15 pro

Selepas Google memperkenalkan Gemini Nano Banana untuk dunia AI, realme membuktikan teknologi ini bukan lagi sekadar eksperimen.

Dengan AI Edit Genie pertama di dunia, realme 15 Pro membuka ruang bagi semua orang untuk mengedit gambar hanya dengan suara.

Inilah masanya untuk anda merasai sendiri pengalaman kreatif dan suntingan gambar hanya menggunakan arahan suara.

Telefon ini dijual pada harga bermula RM1,799 dan tersedia untuk dibeli melalui kedai fizikal serta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

*Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY