Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad fizikal lesen memandu malaysia 2026_jpj

Semua Pemegang Lesen Memandu Kini Boleh Mohon Kad Fizikal Secara Terbuka – Kadar Bayaran RM20

Diterbitkan Januari 22, 2026 · Dikemas kini Januari 23, 2026 oleh Amalina Athman

Semua pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kini boleh memohon cetakan kad fizikal tanpa keperluan menunjukkan sebarang bukti keluar negara, bermula 23 Januari 2026.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarahkan untuk tidak lagi meminta bukti keluar negara, sebagai langkah mengurangkan karenah birokrasi.

Berdasarkan peraturan sedia ada, pemandu boleh memohon kad fizikal LMM dengan menunjukkan bukti keluar negara seperti tiket penerbangan.

Dengan perubahan ini, semua pemegang lesen mempunyai pilihan untuk memohon cetakan kad fizikal LMM di semua kaunter JPJ dan UTC seluruh negara, secara terbuka dan tidak terhad kepada kategori yang ditetapkan sebelum ini.

Kadar fi cetakan RM20 dikenakan untuk warganegara Malaysia dan RM100 untuk bukan warganegara Malaysia.

Sementara itu, pemandu yang memilih kad digital LMM akan terus mendapat akses kad memandu digital secara percuma, yang boleh diperbaharui melalui aplikasi MyJPJ.

Mohon Kad fizikal lesen memandu
Infografik: Kementerian Pengangkutan

Pada masa sama, dasar sedia ada yang menawarkan pilihan untuk mendapatkan kad fizikal LMM percuma kepada kumpulan sasar adalah dikekalkan. Ia termasuk untuk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas, pemegang Lesen Kelas A1 dan A, serta pemegang kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Penawaran pilihan untuk mendapat kad fizikal Lesen Memandu Malaysia (LMM) #digitalbernamatv #lesen #KementerianPengangkutan pic.twitter.com/immto7ZPOe

— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) January 22, 2026

Berkaitan

  • Ini Cara Mohon Tukar Lesen 'P' Kepada CDL Melalui Aplikasi MyJPJ
  • Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru, Tapi Bukan Untuk Semua
  • Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Untuk 18 Tahun Ke Atas - Berkuat Kuasa Februari 2026
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY