Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
slip road tax dihentikan februari 2026_

Mulai 1 Februari, Tiada Lagi Cetakan Slip ‘Road Tax’ Kenderaan Persendirian

Diterbitkan Januari 26, 2026 · Dikemas kini Januari 26, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi mengeluarkan cetakan slip fizikal cukai jalan atau road tax untuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kategori kenderaan persendirian milik individu warganegara, berkuat kuasa 1 Februari 2026.

Menurut memo yang dikeluarkan, langkah ini merupakan sebahagian inisiatif untuk menggalakkan pengguna beralih ke platform digital MyJPJ dan mengurangkan kesesakan urusan di kaunter JPJ.

Sebagai rujukan, kerajaan pada 2024 telah melaksanakan pembaharuan LKM secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ, selain memperkenalkan cetakan fizikal LKM sepanjang tempoh interim pendigitalan.

Berbalik kepada konteks, perubahan ini melibatkan urus niaga seperti pendaftaran baharu kenderaan, pembaharuan LKM, tukar hak milik dan penukaran nombor kenderaan (interchange). Ia terpakai untuk semua saluran perkhidmatan JPJ, yang merangkumi perkhidmatan di kaunter, kios dan rakan niaga seperti Pos Malaysia, MyEG dan PUSPAKOM.

pos malaysia slip road tax dihentikan februari 2026_
Gambar: Pos Malaysia Berhad

Namun begitu, cetakan slip LKM masih akan diteruskan untuk kategori lain seperti kenderaan persendirian individu bukan warganegara, persendirian syarikat, perdagangan dan perkhidmatan awam sehingga sistem mySIKAP JPJ dan aplikasi MyJPJ dikemas kini sepenuhnya.

Berkaitan

  • Pembaharuan Lesen Memandu, Cukai Jalan Melalui Aplikasi MyJPJ Bermula Februari Ini
  • Ini Cara Kongsi Dan Terima 'Road Tax' Digital Di Aplikasi MyJPJ
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Semua Pemegang Lesen Memandu Kini Boleh Mohon Kad Fizikal Secara Terbuka - Kadar Bayaran RM20

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY