Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Untuk 18 Tahun Ke Atas – Berkuat Kuasa Februari 2026

Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Untuk 18 Tahun Ke Atas – Berkuat Kuasa Februari 2026

Diterbitkan November 27, 2025 ยท Dikemas kini November 27, 2025 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memaklumkan bahawa warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah log masuk tunggal ke aplikasi MyJPJ, berkuat kuasa 1 Februari 2026.

Menurut JPJ, kaedah ini akan menggantikan penggunaan kata laluan sedia ada.

Bagi pengguna bawah 18 tahun serta pemegang kad MyPR, kaedah log masuk sedia ada akan terus digunakan melalui pautan khas yang memerlukan pengguna memasukkan 12 digit nombor MyKad/MyPR bersama kata laluan.

Sementara itu, untuk pengguna yang belum pernah mendaftar akaun MyJPJ, proses log masuk boleh terus dilaksanakan melalui MyDigital ID.

Menurut JPJ, langkah ini penting bagi mengelakkan pembukaan akaun palsu serta akses tidak sah ke dalam sistem MyJPJ.

Setakat hari ini, hanya 1.3 juta daripada 13 juta pengguna yang mendaftar atau memiliki akaun MyJPJ, menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke aplikasi tersebut.

Sehubungan itu, semua pengguna aplikasi MyJPJ disarankan mendaftar dan menyediakan tetapan MyDigital ID lebih awal bagi memastikan urusan kekal lancar apabila kaedah log masuk tunggal ini dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Februari 2026.

Untuk pendaftaran MyDigital ID secara dalam talian, teruskan bacaan di SINI.

Berkaitan

  • Log Masuk MyJPJ, MyBayar PDRM Nanti Hanya Guna MyDigital ID
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • MyDigital ID Kini Satu-Satunya Cara Log Masuk MyBayar PDRM Untuk Warganegara
  • Cara Daftar MyDigital ID Secara Dalam Talian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY