Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ANPR_plus malaysia_2

PLUS Perkenal Sistem Pembayaran Tol Guna Pengecaman Nombor Plat, Lorong Bebas

Diterbitkan Januari 9, 2026 · Dikemas kini Januari 9, 2026 oleh Amalina Athman

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan kini boleh menikmati konsep “kebebasan lorong” menerusi Sistem Pembayaran Tol Terbuka berasaskan Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), yang dilaksanakan sebagai projek rintis untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung-Sungai Dua.

Menurut PLUS, inisiatif ini menandakan satu pencapaian penting dan langkah awal ke arah pelaksanaan sistem Multi Lane Free Flow (MLFF) di lebuh raya Malaysia.

Melalui inisiatif ini, pengguna berdaftar tidak lagi terikat kepada lorong khas tertentu. Sebaliknya, pengguna boleh memasuki dan keluar melalui mana-mana lorong tol di sembilan plaza tol berikut:

  • Hutan Kampung
  • Alor Setar Utara
  • Alor Setar Selatan
  • Pendang
  • Gurun
  • Sungai Petani Utara
  • Sungai Petani Selatan
  • Bertam
  • Sungai Dua

Kamera ANPR yang dipasang di plaza tol akan mengesan nombor plat kenderaan bagi membolehkan caj tol diproses secara automatik melalui platform pembayaran yang dipautkan kepada kaedah pembayaran pilihan pengguna.

ANPR_plus malaysia_1
Foto: PLUS Malaysia

Sistem yang disokong kecerdasan buatan (AI) ini direka untuk mengenal pasti kenderaan dalam pelbagai keadaan, termasuk cuaca, kelajuan, sudut pandangan serta nombor plat tidak standard, dan akan terus meningkatkan tahap ketepatan dari semasa ke semasa.

Cara guna sistem pembayaran tol terbuka ANPR

Pengguna perlu memuat turun aplikasi JustGo Malaysia, mendaftarkan kenderaan serta menghubungkan kaedah pembayaran pilihan seperti kad debit atau kredit. Kaedah pembayaran tambahan seperti e-dompet dan perbankan dalam talian akan diperkenalkan dalam tempoh terdekat.

JustGo ANPR Plus Malaysia_
Foto: JustGo Malaysia

Apabila melalui plaza tol terlibat, hanya memandu seperti biasa dan melalui mana-mana lorong, dengan bayaran diproses automatik di aplikasi JustGO Malaysia tanpa memerlukan sebarang peranti tambahan.

Selain urusan pembayaran tol, aplikasi JustGo Malaysia turut menyediakan kemudahan e-invois untuk memudahkan urusan pengguna.

Sepanjang tempoh pelaksanaan projek rintis, palang tol akan kekal digunakan. Pengguna juga disarankan untuk mengekalkan kelajuan antara 20 hingga 25km/j ketika melalui plaza tol tanpa perlu berhenti.

Kaedah pembayaran tol sedia ada

Buat masa ini, sistem pembayaran tol terbuka ANPR di sembilan plaza tol terlibat hanya diperkenalkan sebagai pilihan tambahan. Kaedah pembayaran tol sedia ada seperti Touch ‘n Go, SmartTAG dan RFID masih boleh digunakan seperti biasa.

Untuk maklumat lanjut atau bantuan, layari justgo.com.my.

Berkaitan

  • Sistem Tol Tanpa Palang Hanya Dijangka Bermula Seawal 2027
  • Tol Tanpa Palang Makin Hampir, PLUS Uji Pembayaran Tol Guna Nombor Plat Oktober Ini
  • PayDirect TNG Akan Mula Digunakan Di Lebuhraya PLUS Tak Lama Lagi
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY