Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Max Malaysia launch

Max Kini Tersedia Di Malaysia, Langganan Bermula RM34.90/Bulan

Diterbitkan November 19, 2024 ยท Dikemas kini November 19, 2024 oleh Amalina Athman

Warner Bros. Discovery (WBD) secara rasmi hari ini melancarkan perkhidmatan penstriman Max untuk pasaran Malaysia.

Untuk langganan, pelan Standard berharga RM34.90/bulan atau RM279.90/tahun. Pelan ini menawarkan sokongan penstriman 2 peranti serentak pada mana-mana peranti termasuk TV, resolusi FHD serta sehingga 30 muat turun luar talian.

harga langganan Max_
harga langganan Max

Sementara pelan Ultimate boleh dilanggan pada harga RM52.90/bulan atau RM424.90/tahun.

Antara yang disertakan dalam pelan Ultimate termasuk penstriman 4 peranti serentak pada mana-mana peranti, sokongan resolusi 4K UHD, Dolby Atmos, Dolby Vision dan HDR10 pada kandungan terpilih, serta sehingga 100 muat turun luar talian (had dikenakan).

Bagi pelanggan HBO GO, Max boleh diakses secara terus dengan log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan sedia ada.

Dari segi sokongan peranti, penstriman boleh dilakukan pada peranti dengan minimum Android 5.1 atau iOS 15 dan lebih baharu. Max juga boleh diakses melalui TV yang disokong atau pelayar seperti Chrome, Firefox, Microsoft Edge untuk Windows dan Safari.

Untuk mengetahui butiran lanjut, teruskan bacaan di SINI atau layari laman web Max.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Selain Gantikan HBO GO, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai Max
  • Harga Langganan Max Bermula RM34.90/Bulan
  • Max Juga Bakal Menghalang Perkongsian Kata Laluan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY