Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G

Posted on Januari 17, 2025Februari 12, 2025

Jika anda mencari telefon pintar dengan prestasi baik, ada ciri ‘flagship’, reka bentuk premium, dan ketahanan lasak tanpa perlu mengorbankan bajet anda, Redmi Note 14 Pro+ 5G adalah pilihan terbaik untuk awal tahun 2025.

Dengan pelbagai ciri hebat yang menjadikannya tumpuan ramai, berikut adalah beberapa sebab mengapa ia wajib dimiliki.

Reka Bentuk Lasak

Redmi Note 14 Pro+ 5G direka untuk mereka yang menginginkan telefon pintar tahan lasak, tetapi tetap bergaya. 

Dilengkapi dengan panel kaca Gorilla Glass Victus 2, Redmi Note 14 Pro+ 5G mampu menahan calar, hentakan, dan keadaan yang mencabar. 

Tambahan pula, ia hadir dengan reka bentuk ultra langsing yang memberikan sentuhan premium dalam setiap genggaman.

Redmi Note 14 Pro+ 5G turut terima pengiktirafan tahan debu dan air IP68.
Corning Gorilla Glass Victus 2 menawarkan rintangan jatuh 200% lebih baik.

Tidak setakat tahan air, Redmi Note 14 Pro+ 5G juga mudah diakses walaupun dalam keadaan basah hasil daripada kelebihan ciri Wet Touch 2.0. Sekali gus memudahkan mengakses telefon pintar ini walau apa jua keadaan.

Prestasi Dipertingkat Dan Optimum Untuk AI

Dipacu oleh cip pemprosesan terkini Snapdragon 7s Gen 3, Redmi Note 14 Pro+ 5G hadir dengan prestasi yang dipertingkatkan berbanding model terdahulu.

Sama ada anda bermain permainan grafik tinggi, menonton video 4K, atau melakukan multi tugas, Redmi Note 14 Pro+ 5G menjanjikan prestasi terbaik dan pengalaman lancar.

Snapdragon 7s Gen 3 yang memacu Redmi Note 14 Pro+ 5G menawarkan prestasi yang baik dan dilengkapi AI pintar.

Malah ciri AI baharu Redmi Note 14 Pro+ 5G kini tersedia buat pertama kalinya, iaitu ciri suntingan imej AI. Selain itu, ciri AI lain juga tersedia seperti alih bahasa dijana AI (AI Interpreter) dan Circle To Google Search.

Tiada lagi sempadan bahasa dengan ciri AI Interpreter Redmi Note 14 Pro+ 5G. Malah beberapa ciri baru seperti AI Erase Pro, AI Image Expansion, AI Cutout juga akan tiba tidak lama lagi menjadikan ciri suntingan imej yang belum pernah dicapai sebelum ini.
Ciri Circle To Google Search memberikan pengalaman baharu cara anda membuat carian dengan Redmi Note 14 Pro+ 5G.

Skrin AMOLED 120Hz dan Kamera AI 200MP

Memahami kehendak pengguna, Redmi Note 14 Pro+ 5G terbaru kini dilengkapi skrin AMOLED (WQHD+, 1.5K) dengan kadar segar semula 120Hz dalam saiz yang cukup luas iaitu 6.7 inci.

Sekali gus menyampaikan visual berkualiti tinggi yang kaya dengan warna serta imej yang tajam dan jelas. 

Warna yang terang dan pergerakan yang lancar menjadikan telefon ini sesuai untuk tonton filem dan permainan beresolusi tinggi.

Di zaman serba AI ini, sudah tentunya Redmi Note 14 Pro+ 5G turut dilengkapi dengan kamera utama dengan ciri kecerdasan buatan (AI).

Membantu pengguna merakam imej yang terang lagi jelas dan kaya dengan warna dengan lebih mudah.

Malah dengan cip pemprosesan berkuasanya, Redmi Note 14 Pro+ 5G kini mampu mengendalikan kamera utama 200MP yang berprestasi untuk merakam detik indah dalam kualiti tertinggi dengan butiran yang jauh lebih terpirinci dari sebelumnya, walau dalam keadaan cahaya rendah.

Selain kamera utama 200MP dengan ciri penstabilan OIS, Redmi Note 14 Pro+ 5G juga dilengkapi kamera ultra lebar 8MP dan Makro 2MP serta kamera hadapan 20MP.

Cas Bateri Sepantas 20 minit

Satu lagi yang menarik dengan Redmi Note 14 Pro+ 5G ini adalah ia didatangkan dengan pengecas ultra pantasnya, HyperCharge 120W yang memastikan anda dapat mengecas penuh bateri peranti ini dalam masa kurang daripada 20 minit.

Dengan kapasiti bateri 5110mAh yang menyokong pengecasan Turbo Charging serta pemproses cekap tenaga, Redmi Note 14 Pro+ 5G memberikan ketenangan fikiran sepanjang hari dengannya.

Telefon Ada Ciri Premium, Tahan Lasak, Poket Tak Rabak

Akhir sekali, apa yang lebih penting yang menjadikan Redmi Note 14 Pro+ 5G paling berbaloi dimiliki adalah harganya. 

Dengan semua ciri premium yang biasanya hanya terdapat pada peranti flagship, Redmi Note 14 Pro+ 5G ditawarkan pada harga midrange yang sangat berpatutan iaitu bermula dari RM1,699 sahaja (Redmi Note 14 Pro+ 5G 12GB+256GB).

Redmi Note 14 Pro+ 5G tersedia dalam pilihan warna Lavender Purple, Frost Blue dan Midnight Black.

Jadi, jangan tunggu lagi untuk memiliki Redmi Note 14 Pro+ 5G yang menggabungkan prestasi, reka bentuk, dan nilai hebat yang kini sudah tersedia di stor Xiaomi di seluruh negara serta platform rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada sekarang.

*Artikel ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress