Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gantikan HBO GO, Max Akan Dilancarkan Di Malaysia Tak Lama Lagi

Max Juga Bakal Menghalang Perkongsian Kata Laluan

Diterbitkan November 8, 2024 ยท Dikemas kini November 8, 2024 oleh Amalina Athman

Belum pun dilancarkan untuk pasaran Malaysia, Max nampaknya bakal mengikut jejak langkah Netflix dan Disney+. Perkhidmatan penstriman itu akan mengambil tindakan tegas terhadap perkongsian kata laluan dalam beberapa bulan akan datang.

Semasa panggilan pendapatan Warner Bros. Discovery, Ketua Pegawai Kewangan Gunnar Wiedenfels berkata bahawa pelanggan akan mula melihat “pemesejan yang sangat lembut” tentang perubahan akan datang.

Selepas mesej awal tentang perkongsian kata laluan itu, peraturan yang lebih ketat akan dilaksanakan antara 2025 dan 2026. Wiedenfels menggelarkan perkongsian kata laluan sebagai “satu bentuk kenaikan harga”, kerana syarikat itu “meminta ahli yang belum mendaftar, atau ahli berbilang isi rumah untuk membayar lebih sedikit”.

Dalam pada itu, Wiedenfels juga tidak menolak kemungkinan kenaikan harga Max. Beliau berkata bahawa “sifat premium” perkhidmatan itu meninggalkan “jumlah ruang yang cukup untuk terus menaikkan harga yang kami telah bertimbang rasa.”

Di Hong Kong, Taiwan dan Asia Tenggara – termasuk Malaysia, Max yang bakal menggantikan HBO GO hanya akan dilancarkan secara rasmi pada 19 November 2024. Harga yang ditawarkan masing-masing bermula RM34.90/bulan dan RM52.90/bulan untuk pelan Standard dan Ultimate.

Ketika ini, pengguna sudah pun boleh membuat pra-pendaftaran di App Store dan Google Play Store.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Max Akan Tiba Di Malaysia November Depan
  • Selain Gantikan HBO GO, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai Max
  • Harga Langganan Max Bermula RM34.90/Bulan

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
©2026 WISER.MY