Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi tv_max

Pengguna Unifi Boleh Langgan Max Serendah RM13.60/Bulan

Diterbitkan November 19, 2024 · Dikemas kini November 19, 2024 oleh Amalina Athman

Seiring pelancaran Max, Unifi turut mengumumkan ketersediaan langganan perkhidmatan penstriman itu khusus untuk pelanggannya.

Bagi semua pelanggan Unifi, Max tersedia untuk langganan bulanan secara a la carte pada harga RM13.60 (Mobile), RM24.90 (Standard) dan RM34.90 (Ultimate).

Harga yang ditawarkan adalah sehingga RM18 lebih murah berbanding langganan secara terus melalui Max.

Pengguna Unifi Boleh Langgan Max Serendah RM13.60/Bulan
Pengguna Unifi Boleh Langgan Max Serendah RM13.60/Bulan

Sementara pengguna Unifi TV sedia ada yang mempunyai akses kepada HBO GO akan digantikan dengan pelan Standard Max. Pelan ini disertakan tanpa kos tambahan dalam pek Unifi TV Family, Ultimate Plus, Ultimate Max dan Movies.

Untuk tempoh terhad, pengguna sedia ada boleh menaik taraf pelan Max Ultimate secara percuma selama 3 bulan apabila mengaktifkannya sebelum 31 Disember 2024.

Selepas tamat tempoh ini, akses akan dikembalikan kepada pelan Standard.

Walaupun begitu, pengguna boleh menaik taraf perkhidmatan penstriman Max daripada pelan Standard kepada Ultimate dengan tambahan RM10/bulan (harga diskaun istimewa) melalui aplikasi MyUnifi.

Untuk butiran lanjut, layari laman web Unifi.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Selain Gantikan HBO GO, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai Max
  • Kenaikan Harga Langganan Netflix, Ini Pelanggan Unifi TV Perlu Tahu
  • Max Kini Tersedia Di Malaysia, Langganan Bermula RM34.90/Bulan

Sumber: Unifi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY