Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KV_BM Astro Launches Max On Ultra and Ulti Box

Aplikasi Max Kini Di Astro Ultra & Ulti Box – Naik Taraf Max Ultimate Turut Tersedia

Diterbitkan Mac 13, 2025 · Dikemas kini Mac 13, 2025 oleh Amalina Athman

Astro hari ini mengumumkan aplikasi Max kini boleh diakses melalui Astro Ultra dan Ulti Box bagi semua pelanggan Pek Astro Movies, Astro One Epic dan aplikasi mudah alih.

Sebelum ini, pelanggan hanya boleh mengakses Max melalui Astro GO atau On Demand di Astro Box. Kini, dengan aplikasi Max tersedia terus di Ultra dan Ulti Box, pengguna boleh menstrim kandungan dengan lebih mudah.

KV_BM Astro Launches Max On Ultra and Ulti Box

Sebagai tambahan, pelanggan pek Astro Movies, Astro One Epic dan aplikasi Max kini mempunyai pilihan untuk menaik taraf ke Max Ultimate dengan bayaran tambahan sebanyak RM18/bulan, termasuk cukai.

Bagi pelanggan Astro yang lain, mereka boleh menambah saluran HBO dan Max Standard pada harga RM33.90/bulan atau Max Ultimate pada RM51.90/bulan.

Akses aplikasi Max di Ultra/Ulti Box

Untuk mengakses aplikasi Max di Ultra/Ulti Box, pelanggan hanya perlu tekan “Home” pada alat kawalan jauh Astro. Kemudian, pilih aplikasi Max di bahagian “Apps”.  Seterusnya, imbas kod QR yang dipaparkan di skrin dan daftar masuk ke akaun Max.

Sebaik sahaja proses ini selesai, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan yang ditawarkan di platform penstriman Max.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Max Kini Tersedia Di Malaysia, Langganan Bermula RM34.90/Bulan
  • Pengguna Unifi Boleh Langgan Max Serendah RM13.60/Bulan
  • Max Kini Boleh Diakses Melalui Astro GO, On Demand

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY