Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi TuJu LLM_1

LLM Lancar Aplikasi Navigasi Lebuh Raya TuJu

Diterbitkan November 27, 2025 · Dikemas kini November 27, 2025 oleh Amalina Athman

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan kerjasama Prosignal Consortium kini memperkenalkan aplikasi Navigasi Lebuh Raya TuJu, yang berfungsi sebagai saluran informasi perjalanan lebih tepat, masa nyata dan mesra pengguna.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pelancaran aplikasi ini merupakan satu inisiatif strategik ke arah transformasi digital lebuh raya negara.

aplikasi TuJu LLM_2

TuJu hadir dengan pelbagai ciri pintar seperti navigasi perjalanan dengan maklumat anggaran masa ketibaan (ETA) yang tepat dan pengiraan caj tol sepanjang perjalanan.

Selain itu, pengguna juga boleh memperoleh maklumat aliran trafik masa nyata, lokasi kawasan rehat dan rawat (R&R), akses CCTV lebuh raya secara langsung serta sokongan bantuan kecemasan.

aplikasi TuJu LLM_3

Aplikasi itu turut diintegrasikan dengan aplikasi MyJalan bagi memudahkan pengguna melaporkan sebarang kerosakan jalan raya, lampu isyarat dan kerosakan yang lain.

TuJu kini boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store. Pengguna juga boleh melayari laman www.tuju.my untuk maklumat lebih lanjut berkaitan aplikasi ini.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Aplikasi MYJalan Ditutup Sepenuhnya, Kini Beralih Ke MYJalan 2.0
  • Sistem Kecemasan NG MERS 999 Kini Beroperasi, Ini Perlu Diketahui
  • Sebanyak 1,433 Aplikasi Kerajaan Telah Dibangunkan - Kementerian Digital
  • KPDN Lancar Aplikasi ezTTPM, Mudahkan Pengguna Fail Tuntutan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
  • Kerajaan Teliti Langkah Tangani Jualan Produk Import Tidak Bersijil Di Platform E-Dagang
  • Aplikasi AI Footbao Untuk Cari Bakat Muda Bola Sepak Bakal Tiba Di Eropah Januari Ini
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Ciri Mesej Berjadual
©2026 WISER.MY