Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NG MERS999 Response Centre

Sistem Kecemasan NG MERS 999 Kini Beroperasi, Ini Perlu Diketahui

Diterbitkan November 17, 2025 · Dikemas kini November 17, 2025 oleh Amalina Athman

Kebanyakan pengguna mungkin sudah menerima SMS mengenai pelaksanaan Sistem Kecemasan Negara Next Generation Emergency Response Services 999 (NG MERS 999), yang mula beroperasi pada 16 November 2025 bagi menggantikan Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999).

Melalui SMS tersebut, pengguna turut disarankan memuat turun aplikasi SaveME 999 di Apple App Store atau Google Play Store.

Sistem Kecemasan NG MERS 999 Kini Beroperasi, Ini Perlu Diketahui
Screenshot

Namun, mungkin ada yang tertanya-tanya atau masih belum jelas mengapa perlu pasang aplikasi ini? Bukankah lebih mudah untuk terus menelefon 999 ketika kecemasan? Untuk memahami keperluan ini, kita perlu lihat perbezaan antara sistem lama dan baharu.

Apa bezanya MERS 999 dan NG MERS 999?

MERS 999 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia yang menyatukan semua talian kecemasan kepada satu nombor pusat, iaitu 999. Sistem ini dilengkapi dengan komponen seperti Penghantaran Terbantu Komputer (CAD), Sistem Maklumat Geografi (GIS), Pengantara Telefon-Komputer (CTI), perakam suara dan Sistem Pakar Perubatan.

Sementara itu, NG MERS 999 ialah platform digital sepenuhnya, yang turut dibangunkan dan dikendalikan oleh Telekom Malaysia (TM). Sistem baharu ini menggabungkan analitik berasaskan AI, teknologi geolokasi dan pengurusan panggilan masa nyata untuk meningkatkan kecekapan operasi, mengoptimumkan pengagihan sumber dan mempercepatkan masa respons di lebih 800 lokasi di seluruh negara.

Penambahbaikan dalam NG MERS 999

NG MERS 999 memperkenalkan beberapa ciri baharu dan penambahbaikan yang menjadikannya lebih pantas, tepat dan menyeluruh berbanding sistem lama. Antaranya:

  1. Aplikasi SaveME 999 – membolehkan rakyat Malaysia termasuk individu yang memerlukan bantuan khas menghubungi operator 999 secara terus dan menghantar maklumat kecemasan tambahan seperti video, teks dan amaran kecemasan berasaskan multimedia. Ini memudahkan pasukan kecemasan menilai situasi dengan lebih tepat, terutamanya bagi mereka yang menghadapi kesukaran menggunakan panggilan suara.
  2. Aplikasi Responder – Digunakan oleh agensi kecemasan untuk pengesanan dan penyelarasan masa nyata. Ini membolehkan respons kecemasan yang lebih pantas dan optimum dalam situasi kritikal.
  3. Advanced Mobile Location (AML) – Teknologi geolokasi automatik memastikan lokasi pemanggil dapat ditentukan dengan tepat. Ia juga menyatukan lima platform agensi di bawah 999 dan memudahkan akses bantuan kecemasan untuk golongan kurang upaya seperti individu cacat penglihatan atau pendengaran.

Walaupun sistem baharu ini menawarkan ciri digital, orang awam masih boleh menelefon 999 seperti biasa. Aplikasi SaveME 999 disediakan sebagai pilihan tambahan untuk memudahkan penghantaran maklumat kecemasan, terutamanya dalam situasi yang memerlukan komunikasi alternatif atau teknologi bantuan khas.

SaveME 999

Dalam pada itu, orang ramai turut diingatkan untuk menggunakan talian kecemasan secara bertanggungjawab dan mengelakkan sebarang penyalahgunaan.

Berkaitan

  • Sistem Panggilan Kecemasan Baharu NG999 Akan Gantikan MERS999
  • MCMC Lancar PRIME - Sistem Komunikasi Bergerak Untuk Kecemasan, Bencana
  • NSRC Kini Diurus PDRM, Panggilan 997 Dikira Laporan Polis
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Aplikasi MYJalan Ditutup Sepenuhnya, Kini Beralih Ke MYJalan 2.0

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY