Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sebanyak 1,433 Aplikasi Kerajaan Telah Dibangunkan – Kementerian Digital

Posted on November 20, 2025November 20, 2025

Sejumlah 1,433 aplikasi digital kerajaan telah dibangunkan oleh sektor awam, dengan kos pembangunan aplikasi bernilai RM1.46 bilion.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Digital dalam jawapan bertulis Parlimen pada 18 November, berdasarkan data daripada Sistem Repositori Aplikasi Sektor Awam (RASA), iaitu repositori pusat yang merekod dan menyimpan maklumat mengenai sistem aplikasi di semua agensi sektor awam.

Bagi cadangan penyatuan sistem sedia ada, kementerian menjelaskan kerajaan kini sedang membangunkan MyGOV, sebuah aplikasi mudah alih bersepadu yang menghimpunkan pelbagai maklumat dan perkhidmatan daripada pelbagai agensi.

“Kerajaan mengambil pendekatan secara berperingkat untuk mengintegrasikan perkhidmatan daripada aplikasi sedia ada seperti MySejahtera, MyJPJ dan MyBorderPass ke dalam aplikasi MyGOV Malaysia. Pada fasa awal, aplikasi ini menyediakan 36 perkhidmatan secara integrasi daripada 13 agensi, serta pautan kepada dua perkhidmatan lain.”

Kerja menaik taraf aplikasi MyGOV sedang dijalankan bagi menambah baik antara muka pengguna, selain mengintegrasikan sekurang-kurangnya lima perkhidmatan baharu menjelang Disember 2025.

Menurut kementerian itu, inisiatif penubuhan super aplikasi MyGOV Malaysia bertujuan memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan kerajaan tanpa perlu melayari laman sesawang atau aplikasi berasingan.

Selain itu, ia juga menandakan komitmen kerajaan untuk memacu pendigitalan sektor awam, menambah baik kecekapan penyampaian perkhidmatan dan memastikan perkhidmatan yang lebih telus.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress