Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MYJalan 2.0_2

Aplikasi MYJalan Ditutup Sepenuhnya, Kini Beralih Ke MYJalan 2.0

Diterbitkan November 14, 2025 ยท Dikemas kini November 14, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan bahawa aplikasi aduan jalan raya, MYJalan 1.0, ditutup sepenuhnya berkuat kuasa 13 November 2025.

Langkah ini selaras dengan peralihan ke aplikasi MYJalan 2.0 yang tersedia bermula hari ini, 14 November 2025. Aplikasi baharu ini menampilkan wajah baharu dengan ciri pintar dan mesra pengguna.

Dengan MYJalan 2.0, pengguna boleh mendaftar aduan menggunakan audio melalui teknologi AI Speech-to-Text, menyimpan draf aduan sebelum dihantar, dan log masuk dengan lebih selamat menggunakan e-mel atau MyDigital ID.

MYJalan 2.0_4

Aplikasi ini turut menawarkan lokasi GPS lebih tepat, pautan CCTV lebuh raya, lokasi teduhan motosikal, lokasi kawasan blackspot serta maklumat berkaitan bencana. Talian kecemasan (SOS) juga boleh disemak bila-bila masa untuk kemudahan pengguna.

MYJalan 2.0_6
MYJalan 2.0_5

Selain itu, MYJalan 2.0 turut diintegrasikan dengan PBT Care, membolehkan aduan jalan bandaran sampai terus ke pihak berkuasa tempatan dengan lebih pantas dan cekap.

Aplikasi MYJalan Ditutup Sepenuhnya, Kini Beralih Ke MYJalan 2.0

MYJalan 2.0 kini boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery. Pengguna sedia ada juga boleh log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan yang sama seperti MYJalan 1.0.

Berkaitan

  • 10 Kategori Aduan Jalan Raya Yang Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MYJalan
  • Tol Tanpa Palang Makin Hampir, PLUS Uji Pembayaran Tol Guna Nombor Plat Oktober Ini
  • R&R Seremban Bakal Jadi Hab Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Malaysia
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
©2026 WISER.MY