Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KPDN ez TTPM

KPDN Lancar Aplikasi ezTTPM, Mudahkan Pengguna Fail Tuntutan

Diterbitkan November 24, 2025 ยท Dikemas kini November 24, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini melancarkan sistem aplikasi ezTTPM bagi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Menurut KPDN, inisiatif digital ini direka untuk memperkukuh keadilan pengguna serta memanfaatkan teknologi bagi memudahkan rakyat mendapatkan khidmat dan perlindungan yang lebih efisien.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh memfailkan tuntutan, memuat naik dokumen sokongan dan membuat semakan status kes secara dalam talian tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat TTPM.

“Memasuki fasa kedua, aplikasi mudah alih ez-TTPM diperkenalkan bagi memberi akses pantas melalui telefon pintar, sekali gus menjimatkan masa, mengurangkan kos dan memperluas capaian pengguna termasuk kawasan di luar bandar,” kata menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali.

Dalam pada itu, Armizan memaklumkan sebanyak 9,203 pemfailan dengan nilai tuntutan RM77.2 juta direkodkan bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 19 November 2025. Daripada jumlah itu, sebanyak 6,881 kes berjaya diselesaikan di seluruh Malaysia.

KPDN Lancar Aplikasi ezTTPM, Mudahkan Pengguna Fail Tuntutan
KPDN Lancar Aplikasi ezTTPM, Mudahkan Pengguna Fail Tuntutan

Aplikasi ezTTPM boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Permudah Urusan Dalam Satu Aplikasi, Ini Yang Ada Dalam 'NINE Super App' Selangor
  • Aplikasi MYJalan Ditutup Sepenuhnya, Kini Beralih Ke MYJalan 2.0
  • Sebanyak 1,433 Aplikasi Kerajaan Telah Dibangunkan - Kementerian Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY