Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple intelligence_WWDC_

“Kami Tak Pernah Bercakap Soal Kenakan Bayaran Untuk Ciri Apple Intelligence” – Tim Cook

Diterbitkan Disember 23, 2024 ยท Dikemas kini Disember 23, 2024 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa bulan lalu, dua ‘set’ ciri Apple Intelligence telah mula diperkenalkan melalui iOS 18.1 dan iOS 18.2.

Walaupun spekulasi sebelum ini mengatakan Apple berpotensi menawarkan beberapa ciri kecerdasan buatan (AI) sebagai perkhidmatan berbayar, namun CEO Apple Tim Cook baru-baru ini memberikan kenyataan sebaliknya.

Dalam temu bual bersama Wired, Cook ditanya sekiranya pernah mempertimbangkan untuk mengenakan bayaran bagi perkhidmatan yang dipertingkatkan dengan AI, seperti yang dilakukan oleh sesetengah syarikat. Menjawab persoalan itu, Cook berkata,

Kami tidak pernah bercakap tentang mengenakan bayaran untuknya. Kami melihatnya seolah-olah seperti multitouch, yang membolehkan revolusi telefon pintar dan tablet moden.

Dengan kenyataan sedemikian, pengguna Apple Intelligence mungkin boleh menarik nafas lega, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Berkaitan

  • Ini Sebabnya Apple Intelligence Perlukan Minimum iPhone 15 Pro
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Cara Dapatkan Apple Intelligence Dalam iOS 18.1
  • Selain Apple Intelligence, Ini Yang Baharu Dalam iOS 18.2

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY