Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
APPLE INTELLIGENCE_7

Ini Sebabnya Apple Intelligence Perlukan Minimum iPhone 15 Pro

Diterbitkan Jun 20, 2024 · Dikemas kini Jun 20, 2024 oleh Amalina Athman

Dengan iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri kecerdasan buatan (AI) yang dipanggil Apple Intelligence. Ia menggunakan large language model (LLM) generatif pada peranti bagi meningkatkan pengalaman pengguna.

Namun begitu, ciri AI ini mempunyai keperluan minimum iPhone 15 Pro untuk berfungsi, manakala Mac dan iPad dengan cip M1 atau lebih baharu akan menyokong Apple Intelligence.

Seterusnya, ia menimbulkan persoalan apakah punca di sebalik keperluan minimum itu – menjadikan tidak hanya iPhone yang dilancarkan dua tiga tahun lalu, malah iPhone 15 yang dilancarkan bersama iPhone 15 Pro juga akan berfungsi “tanpa cukup sifat”.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Ini Senarai Penuh Model iPhone Yang Akan Terima iOS 18
  • iOS 18 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
  • Rasmi, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam 'Apple Intelligence'

Dalam The Talk Show Live From WWDC 2024, John Gruber dari Daring Fireball mengemukakan soalan kepada eksekutif Apple dan ini respons yang diberikan oleh Ketua Pembelajaran Mesin dan Strategi AI Apple John Giannandrea,

So these models, when you run them at run times, it’s called inference, and the inference of large language models is incredibly computationally expensive. And so it’s a combination of bandwidth in the device, it’s the size of the Apple Neural Engine, it’s the oomph in the device to actually do these models fast enough to be useful. You could, in theory, run these models on a very old device, but it would be so slow that it would not be useful.

Menjawab pertanyaan lanjut, Ketua Pemasaran Greg Joswiak pula berkata ia bukanlah skim untuk menjual iPhone baharu.

No, not at all. Otherwise, we would have been smart enough just to do our most recent iPads and Macs, too, wouldn’t we?

Sementara Ketua Kejuruteraan Perisian Craig Federighi berkata bahawa langkah pertama syarikat dengan mana-mana ciri baharu adalah untuk mencari cara membolehkannya ditawarkan kepada peranti lebih lama setakat yang boleh.

Namun, apabila bercakap mengenai Apple Intelligence, beliau menjelaskan ia merupakan perkakasan yang diperlukan, yang mana agak luar biasa untuk menjalankan model berkuasa ini pada iPhone.

Secara teori, Apple Intelligence boleh sahaja dijalankan pada peranti lama, tetapi ia mungkin akan menjadi terlalu perlahan sehingga tidak berguna.

Model iPhone 15 Pro menggunakan cip A17 Pro, yang mempunyai Neural Engine 16 teras sehingga 2x lebih pantas daripada cip A16 yang terdapat dalam iPhone 15 dan iPhone 15 Plus, melakukan hampir 35 trilion operasi sesaat.

Federighi membayangkan bahawa RAM juga merupakan satu lagi aspek sistem yang diperlukan oleh ciri AI baharu, jadi mungkin bukan kebetulan bahawa semua peranti yang serasi dengan Apple Intelligence mempunyai sekurang-kurangnya 8GB RAM.

Walaupun tanpa Apple Intelligence, iOS 18 masih menawarkan sejumlah ciri baharu untuk iPhone XS dan terkini. Antaranya termasuk Control Center dan Home Screen yang boleh disuaikan.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY