Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18.1 Kini Tersedia Dengan Sokongan Apple Intelligence

iOS 18.1 Kini Tersedia Dengan Sokongan Apple Intelligence

Diterbitkan Oktober 29, 2024 · Dikemas kini Oktober 29, 2024 oleh Amalina Athman

Tidak seperti kebiasaan, Apple nampaknya kini melancarkan iOS 18.1 lebih awal berbanding sekitar jam 1.00 pagi sebelum ini.

Dengan kemas kini iOS 18.1, Apple menawarkan set pertama Apple Intelligence pada iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max serta kesemua model iPhone 16. Sementara model iPhone lain yang menjalankan iOS 18 akan menerima kemas kini iOS 18.1 tanpa sokongan Apple Intelligence.

iOS 18.1 Kini Tersedia Dengan Sokongan Apple Intelligence

Perlu diketahui bahawa Apple Intelligence masih dilancarkan dalam kapasiti beta, bermakna masih terdapat senarai tunggu pada mulanya. Untuk meminta pengaktifan Apple Intelligence selepas kemas kini iOS 18.1, pergi ke Settings > Apple Intelligence & Siri > klik “Join the Apple Intelligence Waiting List”.

Namun begitu, pengguna diingatkan untuk menetapkan peranti (bahagian tetapan Language & Region) dan bahasa Siri dalam “English (US)” terlebih dahulu.

Apple Intelligence iOS 18.1_
Apple Intelligence iOS 18.1_A

Untuk set pertama Apple Intelligence, antara ciri yang ditawarkan termasuk Writing Tools, Siri dengan wajah baharu, Summaries & Smart Replies, ciri Clean Up di aplikasi Photos dan banyak lagi.

beta profiles_iOS 18.1
Kredit X @Betaprofiles
beta profiles_iOS 18.1 _
Kredit X @Betaprofiles

Selain sokongan Apple Intelligence, pengguna iOS 18.1 kini boleh membuat rakaman panggilan telefon atau audio FaceTime. Terdapat juga peningkatan seperti Control Center yang mempunyai pilihan baharu untuk menambahkan kawalan ketersambungan secara individu.

Menerusi kemas kini ini, Apple turut membetulkan isu berkaitan model iPhone 16 atau iPhone 16 Pro yang mungkin restart (mula semula) secara tidak dijangka.

WhatsApp Image 2024-10-29 at 00.33.03
WhatsApp Image 2024-10-29 at 00.33.42
iOS 18.1 Kini Tersedia Dengan Sokongan Apple Intelligence

Bagi melakukan kemas kini iOS 18.1 secara OTA (over-the-air), pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY