*Artikel ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia
Kepada anda yang kurang mahir dalam fotografi, ambil gambar siang mesti tak ada masalah kerana boleh terus ‘snap’ saja. Namun, gambar malam pasti anda terasa sukar.
Ini kerana ada beberapa perkara perlu dititikberatkan apabila berhadapan dengan situasi kurang cahaya. Bagaimanapun, anda tidak perlu risau sebabnya ada tips yang anda boleh ikut bagi mendapatkan hasil gambar malam yang cantik.
Bagaimana? Teruskan bacaan anda sehingga habis.
Gunakan Sumber Cahaya Dengan Baik
Kalau nak ambil gambar malam, anda tidak boleh mengharapkan telefon yang digunakan itu dapat bagi gambar ‘wow’ biarpun persekitaran gelap gelita atau kurang cahaya.
Sebenarnya, fotografi malam memerlukan sumber cahaya juga untuk mendapatkan hasil yang baik.
Sebagai contoh, gunakan kreativiti anda dengan menggunakan lampu neon atau sumber cahaya yang ada di sekitar anda. Sekiranya tak ada, boleh bawa lampu tambahan sebagai ‘backup’. Kalau masih tak ada, ‘flash’ pada peranti boleh juga digunakan. Penggunaan cahaya yang baik dapat memberikan subjek anda lebih menyerlah.
Gunakan ‘Long Exposure’
Satu lagi seni fotografi malam yang mungkin biasa anda lihat adalah penggunaan ‘long exposure’.
‘Long exposure’ atau slow-shutter dalam fotografi melibatkan ‘shutter’ kamera anda ‘mengambil masa’ lebih lama sebelum mengambil gambar. Ia bukan sahaja memberikan gambar malam itu lebih cantik. Malah, apabila ada objek bergerak, ia akan menghasilkan kesan dramatik yang mana kita selalu nampak, iaitu ‘light trail’.
Seni ‘light trail’ kerap digunakan pada fotografi malam terutama anda gemar melakukan ‘night photography’ di kawasan urban yang dipenuhi cahaya neon dan kenderaan waktu malam.
Penggunaan Format RAW
Kebanyakan telefon pintar sudah hadir dengan format RAW untuk gambar. Kalau ada yang tidak tahu, format ini mengandungi data yang tidak diproses atau tidak memampatkan lagi. Bahasa mudah, lossless qualitiy atau kualiti tinggi dengan saiz cukup besar bagi satu gambar.
Tujuan utamanya hanyalah satu, iaitu untuk memberikan anda kebebasan selepas mengambil gambar. Kesemua data gambar boleh ‘diusik’ dalam suntingan seperti white balance, shadow, highlight mahupun warna.
Selain itu, gambar yang telah disunting juga masih lagi cantik serta tidak menjejaskan kualiti gambar yang dihasilkan.
Cara Ini Lebih Mudah
Mungkin anda seorang amatur dalam fotografi atau tidak gemar untuk menggunakan tetapan yang boleh dianggap pro atau sedikit sukar untuk difahami pengguna biasa.
Jangan risau kerana ada cara jauh lebih mudah untuk dapatkan hasil gambar malam cantik dan menarik. Paling penting, boleh terus kongsikan di media sosial tanpa pening untuk lakukan suntingan.
Cara yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan telefon pintar terbaru Xiaomi, iaitu siri Xiaomi 14T. Ini kerana peranti tersebut sesuai untuk anda yang gemarkan fotografi dan kali ini ia dipertingkatkan lagi bagi fotografi malam.
Lensa Leica Untuk Fotografi Malam
Siri Xiaomi 14T dilengkapi lensa terbaru Leica Summilux. Ia juga hadir dengan apertur lebih besar di mana lebih banyak cahaya boleh masuk ke lensa. Sekali gus menjadikan gambar malam jelas dan berkualiti.
Melalui apertur lebih besar itu juga, ia boleh menawarkan kesan bokeh lebih creamy yang secara tidak langsung gambar potret akan menyerlah. Tambahan lagi, jangan risau kalau anda takut gambar kabur. Yalah, biasanya gambar malam cenderung untuk kabur sekiranya banyak objek bergerak.
Namun, peranti ini dipertingkatkan untuk tujuan demikian. Shutter lebih laju dan motion blur juga dikurangkan disebabkan lensa siri Xiaomi 14T menerima banyak cahaya.
Saiz Sensor Besar
Saiz sensor memang penting khususnya untuk gambar pada situasi kurang cahaya. Xiaomi 14T Pro ditawarkan sensor imej Light Fusion 900 1/1.31 dan teknologi ‘dual ISO Fusion Max’.
Dengan teknologi terbaru serta saiz sensor besar itu, anda boleh menikmati prestasi HDR yang telah dipertingkatkan. Malah, apa yang anda lihat, itulah hasil gambar yang anda akan dapat.
Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesan ghosting di mana ini antara musuh utama dalam fotografi malam. Namun, Xiaomi 14T Pro boleh selesaikan masalah tersebut. Jadi, anda boleh dapatkan hasil gambar lebih clean.
1 Peranti, 3 Lensa, 5 Jarak Fokus
Telefon dengan banyak lensa serta jarak fokus (focal length) boleh memberikan anda untuk berkarya lebih kreatif. Ini kerana ia menjadikan anda seorang yang versatil. Setiap detik dan situasi dapat anda “rakamkan”.
Setiap lensa Xiaomi 14T Pro adalah sistem daripada Leica. Ia menawarkan jarak fokus 15mm, 23mm, 46mm, 60mm dan juga 120mm. Bermakna, anda boleh dapatkan gambar dari ultra lebar, standard, potret atau ‘street fotografi’, potret jarak dekat sehinggalah subjek yang berada jauh dari anda. Yang penting, kesemuanya ada sentuhan warna Leica.
Bercakap tentang lensa lagi, peranti ini turut hadir dengan sistem ‘Master-lens’. Apa itu? Sistem ini sesuai untuk anda yang gemarkan gambar potret. Ia ada empat mod lensa yang sangat mudah untuk digunakan. Ibarat sudah disunting tetapi dengan Xiaomi 14T Pro tidak lagi perlu berbuat demikian.
Ada lensa dokumentari 35mm, lensa swirly bokeh 50mm, lensa potret 75mm dan juga lensa soft focus 90mm. Oleh yang demikian, anda hanya terus buka telefon, pilih sahaja mod lensa ini dan terus ambil gambar.
Siri Xiaomi 14T Ada Gambar Malam Cantik, Harga Mampu Milik
Kepada anda yang minat dengan fotografi, tidak kira pada waktu siang atau malam tetapi pada masa yang sama tidak mahu berbelanja besar, siri Xiaomi 14T sesuai untuk anda.
Siri Xiaomi 14T yang ditawarkan dengan pilihan warna Titan Gray, Titan Black dan Titan Blue ini dijual pada harga bermula RM1,899. Sementara Xiaomi 14T Pro boleh didapati serendah RM2,599.
Bersempena kehadirannya di Malaysia, Xiaomi menawarkan pakej hadiah yang bernilai RM1,478 (selagi stok masih ada). Ia termasuk:
- 1x baik pulih skrin percuma untuk 6 bulan pertama selepas pembelian
- 1x waranti baik pulih tanpa kos buruh untuk 12 bulan selepas pembelian
- 1x akses Google One selama 6 bulan
- 4 bulan percuma Spotify Premium
- 1x Dragonpass Airport Exclusive/VIP lounge
- 24 bulan waranti
- Khidmat pelanggan eksklusif
- Telefon ‘spare’ tersedia untuk tempoh 24 bulan
- Baik pulih tanpa rumit untuk tempoh 24 bulan
Jadi, sekiranya anda berminat, boleh dapat siri Xiaomi 14T di pengedar yang sah atau mi.com, Shopee dan Lazada.