Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Intelligence_iOS 18.1

Cara Dapatkan Apple Intelligence Dalam iOS 18.1

Diterbitkan Oktober 29, 2024 · Dikemas kini Oktober 29, 2024 oleh Amalina Athman

Apple telah pun mengeluarkan iOS 18.1 dengan sejumlah ciri baharu, termasuk sokongan Apple Intelligence.

Bagi sokongan Apple Intelligence dalam iOS 18.1, hanya senarai iPhone di bawah yang menyokongnya:

  • iPhone 15 Pro
  • iPhone 15 Pro Max
  • iPhone 16
  • iPhone 16 Plus
  • iPhone 16 Pro
  • iPhone 16 Pro Max

Set pertama Apple Intelligence menawarkan ciri seperti ringkasan notifikasi, Reduce Interruptions, Writing Tools, Clean Up dalam aplikasi Photos, Summaries & Smart Reply dalam aplikasi Mail dan Messages, peningkatan Siri dengan antara muka baharu serta lain-lain.

beta profiles_iOS 18.1 _
Kredit X @Betaprofiles

Untuk mendapatkan Apple Intelligence, teruskan bacaan selanjutnya di bawah.

Cara dapatkan Apple Intelligence dalam iOS 18.1

1. Muat turun dan pasang iOS 18.1.

2. Selepas memasang iOS 18.1, pergi ke Settings > General > Language & Region. Kemudian tetapkan bahasa pilihan kepada “English (US)”.

Apple Intelligence iOS 18.1 tips__

3. Pergi semula ke bahagian Settings > Apple Intelligence & Siri > Language dan pastikan ditetapkan kepada “English (United States)”.

Apple Intelligence iOS 18.1 tips_2

4. Untuk meminta pengaktifan Apple Intelligence, klik “Join the Apple Intelligence Waitlist”. Ia pada masa ini dianggarkan tersedia dalam tempoh beberapa minit atau jam (masa menunggu mungkin berbeza). Pengguna juga boleh restart peranti jika tempoh proses terlalu lama.

Apple Intelligence iOS 18.1 tips_3

5. Pengguna akan menerima notifikasi sebaik sahaja ia sedia untuk diaktifkan pada iPhone. Tekan “Turn On Apple Intelligence” untuk mendapatkan ciri tersebut.

Apple Intelligence iOS 18.1 tips_5

Selesai.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Apple Perkenal iMac Baharu Dengan Cip M4, Harga Bermula RM5799
  • iOS 18.1 Kini Tersedia Dengan Sokongan Apple Intelligence
  • Apple Perkenal Magic Mouse USB-C, Tapi Port Pengecasan Masih Di Bawah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY