Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2

Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2

Diterbitkan Disember 12, 2024 · Dikemas kini Disember 12, 2024 oleh Amalina Athman

Apple baru sahaja mengeluarkan iOS 18.2, iPadOS 18.2, dan macOS Sequoia 15.2 dengan sejumlah ciri baharu Apple Intelligence, sebagai penambahan kepada set pertama yang diperkenalkan pada versi sebelumnya.

Buat pengetahuan, Apple Intelligence hanya ditawarkan pada iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, barisan iPhone 16, iPad dengan A17 Pro atau M1 dan lebih baharu serta Mac dengan M1 dan lebih baharu. Dengan iOS 18.2, Apple Intelligence kini menyokong bahasa Inggeris untuk Australia, Kanada, Ireland, New Zealand, Afrika Selatan dan U.K.

Bagi mengetahui ciri baharu Apple Intelligence dalam iOS 18.2, iPadOS 18.2, dan macOS Sequoia 15.2, teruskan bacaan selanjutnya di bawah.

1. Integrasi ChatGPT

ChatGPT kini boleh diakses secara terus dari Siri dan Writing Tools. Dengan integrasi ChatGPT, siri boleh mencadangkan pengguna mengakses ChatGPT untuk permintaan tertentu atau memberikan respons secara langsung.

Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2

Secara default, akaun ChatGPT tidak diperlukan untuk mengakses integrasi ini. Apabila menggunakan ChatGPT tanpa akaun, OpenAI tidak akan menyimpan permintaan dan tidak menggunakan data untuk melatih model AI.

Namun, pengguna juga boleh log masuk ChatGPT untuk menikmati akses lain daripada akaun berbayar, yang mana permintaan akan dilindungi oleh dasar data OpenAI.

2. Genmoji

Melalui ciri Genmoji, pengguna boleh menjana sebarang emoji tersuai secara terus dari papan kekunci. Hanya perlu taip penerangan yang berkaitan di papan kekunci, ia kemudian akan memaparkan beberapa pilihan Genmoji.

Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2
iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat

Pengguna juga boleh menyesuaikan Genmoji tersebut dengan aksesori, seperti topi atau cermin mata, tema atau aktiviti dan sebagainya.

Genmoji ini akan diselaraskan (sync) dalam sticker drawer pada semua peranti dengan iCloud.

3. Image Playground

Image Playground merupakan aplikasi baharu yang membolehkan pengguna mencipta imej dalam pelbagai gaya termasuk tema, pakaian, aksesori dan tempat. Untuk menghasilkannya, pengguna boleh menambah huraian teks, konsep atau menggunakan gambar daripada pustaka Photos.

iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat
Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2

Seperti Genmoji, imej diselaraskan dalam pustaka Image Playground merentasi semua peranti dengan iCloud.

4. Image Wand

Pada aplikasi Notes, Image Wand boleh mengubah lakaran kasar dan tulisan tangan atau nota yang ditaip menjadi imej.

iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat

Pengguna juga boleh membulatkan ruang kosong dalam nota, dan Image Wand akan mengumpulkan konteks dari kawasan sekitarnya – menggunakan model generatif pada peranti untuk menganalisis teks tulisan tangan atau teks yang ditaip – bagi mencipta imej yang relevan dan melengkapi nota dengan lebih visual.

5. Visual Intelligence

Tidak seperti ciri Apple Intelligence yang lain, Visual Intelligence hanya tersedia untuk barisan iPhone 16.

Dengan ciri ini, pengguna iPhone 16 boleh meringkaskan dan menyalin teks, menterjemah teks antara bahasa, mengesan nombor telefon atau alamat e-mel dengan pilihan untuk menambah kenalan dan lain-lain – menggunakan butang Camera Control.

Camera Control juga membolehkan pengguna membuat carian di Google atau memanfaatkan kemahiran ChatGPT untuk meminta penjelasan mengenai rajah kompleks, seperti nota kelas.

Lebih banyak keupayaan akan tersedia

Dalam beberapa bulan akan datang, lebih banyak ciri baharu Apple Intelligence akan tersedia. Antaranya termasuk Siri yang akan menjadi lebih canggih dengan keupayaan menggunakan konteks peribadi pengguna untuk memberikan maklumat yang disesuaikan.

Sokongan bahasa tambahan termasuk Chinese, Inggeris (India), Inggeris (Singapura), Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Portugis, Sepanyol dan Vietnam juga akan diperkenalkan sepanjang tahun, dengan set awal dijangka tiba dalam kemas kini perisian pada April.

Untuk melakukan kemas kini iOS 18.2, pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

Berkaitan

  • iOS 18.1 Kini Tersedia Dengan Sokongan Apple Intelligence
  • Cara Dapatkan Apple Intelligence Dalam iOS 18.1
  • Diskaun Hingga RM2488? Shopee Electronics Zone Tawar Jimat Besar, Rugi Kalau Lepas!
  • iOS 18.2 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu, Penambahbaikan Dan Pembetulan Pepijat

Sumber: Apple Newsroom

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY